Tiada masalah untuk daftar PayPal guna kad Visa ataupun Mastercard. Dua-dua kad ni boleh digunakan. Tetapi ada kelebihan jika anda daftar guna kad debit Visa.
Kenapa VISA?
Kebiasaannya duit yang dikeluarkan dari akaun PayPal ke kad VISA akan terus masuk ke akaun bank. Hasil carian di laman PayPal tidak menyatakan tentang perkara ini namun berdasarkan pengalaman, duit anda akan terus masuk ke akaun bank.
Cara untuk keluarkan duit dari akaun PayPal ke kad VISA adalah seperti dibawah
Jika pilih yang pertama, wang anda akan masuk kedalam akaun bank dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. Ingat, hari bekerja ye, tidak termasuk hari cuti.
Mengikut pengalaman jika keluarkan ke akaun bank sebelum pukul 9 pagi pada hari bekerja, petang pada hari yang sama sudah masuk ke akaun bank. Jika tidak masuk juga paling lama adalah 3 hari bekerja.
Jika pilih yang kedua iaitu Visa, kenyataan di atas menunjukkan akan masuk dalam masa 7 hari bekerja. Berdasarkan pengalaman ianya akan terus masuk.
Jika keluar status seperti diatas Estimated arrival: 5-7 business days, selepas klik transfer duit anda akan terus masuk kedalam akaun bank. Tidak kisah hari bekerja ataupun tidak.
Paparan yang akan muncul selepas klik transfer seperti dibawah. Selepas itu anda boleh semak akaun bank.
Ada ketika ianya tidak keluar seperti paparan yang ditunjukkan diatas.
Jika keluar status seperti dibawah, kebiasaanya duit anda akan masuk ke akaun bank dalam masa 72 jam dari masa anda keluarkan duit dari PayPal. Tidak kisah hari bekerja ataupun hari cuti.
Buat masa ini masih hanya untuk VISA sahaja. Mastercard tidak boleh. Dengan kemudahan ini, dan jualan akaun eBay anda tidak hold 21 hari oleh eBay. Ianya akan memudahkan dan menyenangkan untuk penjual eBay buat pusingan modal. Selamat mencuba!
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan