Jika anda nak pos barang ke luar negara, anda wajib upload tracking number di eBay. Tidak kira kurier mana tracking number mesti diberi supaya pembeli dapat tahu status semasa order mereka.
Tujuan lain adalah untuk sistem eBay track & trace barang yang anda hantar sebagai bukti penghantaran. Syarikat kurier Flickpost menyediakan 4 jenis tracking mengikut kategori perkhidmatan yang disediakan.
1) Apa itu Tracking UC?
Tracking Number UC adalah tracking jika anda pilih perkhidmatan Economy Semi-tracked.
Tracking UC anda hanya boleh trace sampai barang anda dah keluar dari Malaysia dan takde notifikasi Delivered. Tapi jika sistem eBay dapat trace, anda atau pembeli boleh trace in detail.
Untuk tracking UC, barang yang dihantar tidak mendapat perlindungan insuran. Jika berlaku kehilangan atau kerosakkan pada barang yang anda pos, anda tidak dapat tuntut kerugian.
Jangkaan penghantaran jika anda gunakan UC adalah 15 hari hingga 20 hari.
Tracking UC
2) Apa itu Tracking LP?
Tracking Number LP adalah tracking jika anda pilih perkhidmatan Economy Plus.
Jika anda gunakan tracking LP, anda boleh trace barang anda sampai delivered kepada pembeli dan ada notifikasi “Delivered” setelah pelanggan menerima barang.
Kelebihan jika anda gunakan LP adalah barang yang anda hantar dapat perlindungan insuran sehingga RM500. Anda boleh tuntut dengan Flickpost jika barang anda hilang atau rosak semasa penghantaran. Takla risau sangat kan pasal kerugian.
Jangkaan penghantaran jika anda gunakan LP untuk pos adalah 15 hari – 20 hari.
Jika anda gunakan LP, kurier yang anda perlu update dalam sistem eBay adalah “Malaysia Pos”
Tracking LP
3) Apa itu Tracking EW?
Tracking Number EW adalah tracking jika anda pilih perkhidmatan Standard.
Sama seperti tracking LP, barang anda ada notifikasi “Delivered” dan juga dilindungi insuran sehingga RM500 jika anda gunakan tracking EW.
Kelebihan tracking EW ni pula, anda boleh hantar barang ke luar negara dengan berat maksimum sehingga 20kg – 30kg bergantung ke negara yang anda nak hantar.
Jangkaan penghantaran jika anda gunakan EW untuk pos adalah 8 hari – 15 hari.
Jika anda gunakan tracking EW, kurier yang anda perlu update dalam sistem eBay adalah “Malaysia Pos EMS”
Tracking EW
4) Apa itu Tracking X?
Tracking Number X adalah tracking jika anda pilih perkhidmatan Priority.
Semenjak gejala Covid 19 mengakibatkan impak yang besar pada perkhidmatan Economy dan Standard menyebabkan penghantaran barang lambat sampai ke luar negara, Flickpost memperkenalkan “Priority Shipping” untuk penghantaran yang lebih pantas ke luar negara.
Jika anda gunakan tracking X, anda juga boleh trace barang anda dan mendapat notifikasi “Delivered” setelah pelanggan anda menerima barang. Pelanggan anda juga perlu menandatangan selepas menerima barang sebagai bukti penghantaran.
Anda juga boleh tuntut insuran sehingga RM500 jika berlaku kehilangan atau kerosakkan semasa penghantaran.
Dengan tracking X, anda boleh pos barang anda ke luar negara dengan maksimum berat 1000kg.
Jangkaan penghantaran jika anda gunakan tracking X untuk pos adalah 3 hari hingga 4 hari.
Jika anda gunakan tracking X, kurier yang anda perlu update dalam sistem eBay adalah “Other”
Tracking X
Daftar Flickpost (Free): https://bit.ly/daftar_flickpost
Customer Service Flickpost: https://bit.ly/whatsup_flickpost
Poskod Flickpost Cover Pickup: https://bit.ly/flickpostpickup_poskod
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan
Hi,kalau nak guna flickpost priority, kena print dua dua shipping label dan juga invoice right? So dua dua ni perlu attached kat parcel ni kah? Terima kasih^^
boleh refer artikel ni https://rentassempadan.com/langkah-langkah-membuat-tempahan-perkhidmatan-pos-di-flickpost/