Barang hilang ataupun barang tidak sampai memang selalu terjadi. Itu perkara biasa. Biasanya dalam minda Tim Export Mudah dalam 100 penghantaran, jika 2 barang hilang ataupun tidak sampai kira perkara biasa.
Jika barang yang dihantar tidak sampai, pembeli berhak untuk dapat refund dibawah polisi eBay Money Back Guarantee.
Sebab itu ramai pembeli yang dapatkan Panduan Export Mudah terus jual barang dengan feedback kosong. Kerana bakal pembeli percaya dengan sistem eBay dan polisi barang tidak sampai.
Semak dengan pembeli
Semak sekali lagi dengan pembeli. Ada juga kes dimana rakan serumah, adik beradik, pasangan sudah ambil barang itu tanpa beritahu penerima.
Semak dengan kurier
Jika barang tidak sampai ataupun tiada orang di alamat pembeli, tukang pos akan beri notis. Pembeli mestilah hubungi pejabat pos berhampiran dan beri mereka nombor pengesanan.
Jika pembeli tidak ambil terlalu lama, barang ini akan dipulangkan semula kepada penghantar.
Sudah diberi notis tetapi pembeli tidak ambil di pejabat pos berdekatan.
Beri informasi terkini mengenai status penghantaran
Ada kalanya barang yang dihantar ambil masa 2 bulan untuk sampai. Biasanya berlaku apabila ada musim cuti ataupun perayaan seperti perayaan natal.
Barang yang status penghantaran tidak boleh semak di laman SingPost dan perlu semak secara manual dengan menghantar email kepada Singpost.
Baca : Bagaimana untuk menjadi golongan T20
Barang tidak dapat dikesan
Ada juga kes dimana barang hilang. Bergantung kepada kurier yang anda gunakan, ada yang beri pampasan sekiranya barang hilang.
Gambar diatas menunjukkan Singpost memberi pampasan untuk barang yang hilang.
Apa yang perlu dilakukan adalah pulangkan balik duit pembeli di PayPal akaun mereka.
EHA250878012mY ini barang belum sampia lagi
boleh call kurier yang gunakan tu. beritahu mereka barang tak sampai lagi.
salam. saya ingin membuat aduan tentang parcel saya.knpa barang saya tak sampai lagi tapi dlm system tracking j&t ckp dah delivered..
wasalam. boleh call J&T untuk buat aduan.
Assalamualaikum…
Saya menghadapi masalah barang hilang menerusi pos j&t. Pihak j&t telah membocorkan parcel saya dan mengambil 3 pack susu kurma yang dipos. Susu kurma tersebut saya pos sebanyak 5 pack. Saya dah pergi ke j&t berdekatan untuk buat laporan. Tapi jawapan mengecewakan. “Saya baru kerja, saya tak tau nak buat macam mana.”
Wasalam. Puan boleh baca sini https://rentassempadan.com/barang-dari-jt-rosak-atau-pecah-cara-tuntut-sehingga-rm400/
Harap bermanfaat. Saya doakan Puan tabah hadapi ujian. Amin.