Insiden video kurier yang mengendalikan barang secara kasar sudah banyak kali tular di laman sosial. Hak sebagai pelanggan iaitu penghantar atau penerima barangan perlu difokuskan sekiranya berlaku kerosakkan atau barang hilang.
Baru-baru ini juga tular di laman sosial video kurier J&T yang mempunyai pelbagai isu dalaman. Jangan kerana isu yang berlaku kepada pekerja kurier tersebut, pelanggan yang menjadi mangsa.
Cara Menuntut Barang Rosak atau Pecah
Berikut adalah cara-cara menuntut barang yang rosak atau pecah melalui perkhidmatan penghantaran J&T. Berdasarkan terma dan syarat yang disediakan oleh pihak J&T.
Lakukan Aduan dan Tuntutan
Sebarang aduan dan tuntutan dilakukan dengan menghubungi J&T di talian hotline service 1300-80-9000 atau chat bersama Cory di laman web rasmi J&T.
atau anda juga boleh email terus pada support@jtexpress.my.
Aduan dalam masa 48 jam
Aduan perlulah dilakukan dalam masa 48 jam, sekiranya anda terlepas daripada masa yang diperuntukkan ini berkemungkinan pihak J&T mempunyai hak untuk menolak permohonan. (Rujukan: Klausa 16.3 terma dan syarat)
Barang Rosak atau Hilang
Bagi barangan rosak atau hilang, Klausa 16.1 memperuntukkan HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis.
Sekiranya anda adalah penerima bungkusan atau barangan tersebut, anda perlu mendapatkan pengesahan bertulis daripada penghantar untuk membuat tuntutan bagi pihak penghantar
Isi Borang
Isi borang tuntutan ganti rugi, sebagai bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (Syarikat) dan lain-lain, semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.
Gambar bukti kerosakan
Sediakan juga gambar-gambar sebagai bukti kerosakan. J&T akan menilai dan meniliti berdasarkan terma, juga menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya.
Jika penghantar gagal mematuhi syarat ini, secara asasnya kalau barangan rosak, ianya bukanlah kesalahan J&T dan penghantar perlu menanggung kos dan kerugian akibat barangan rosak.
Jadi gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian.
Jumlah had yang boleh dituntut
Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya
Berikut adalah jumlah tuntutan berdasarkan berat barangan yang rosak atau hilang.
- Barang kurang dari 2kg : Tuntutan maksimum RM100 atau mana lebih rendah
- Melebihi 2.01kg : Tuntutan maksimum RM300 atau mana lebih rendah
- Barang dari luar negara : Maksimum RM400
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan J&T hubungi mereka seperti yang tertera dibawah.
- Alamat : 19th Floor, Mercu 3, KL Eco City, Kampung Haji Abdullah Hukum, 59200, Kuala Lumpur
- Nombor Telefon : 1300-80-9000 |03-92129660