Ramai yang tanya apa itu B40 M40 T20. Menurut Jabatan Statistik Malaysia kajian tahun 2019, had pendapatan B40 yang merangkumi 2.91 juta isi rumah RM4,849.
M40 yang melibatkan 2.91 juta isi rumah pula adalah di antara RM4,850 hingga RM10,959. Sementara itu, sebanyak 1.46 juta isi rumah berada di kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM10,960.
Kalai terakhir kajian sebelum tahun 2019 adalah kajian tahun 2016.
Dari B40 ke M40 ke T20
Corak pemikiran yang betul
Jika dilahirkan dalam keluarga B40 jangan fikir selamanya disitu. Ubah corak pemikiran dengan membaca dan aplikasikan apa yang boleh tambah pendapatan secara halal dan berkat.
Belanja dibawah kemampuan
Ayat senang tetapi nak laksanakan memang susah. Ini semua salah nafsu bukannya salah anda.
Kalau berpendapatan seisi keluarga sebulan RM4000 berbelanja kurang daripada itu. Mudah sahaja. Tetapi agak sukar dilaksanakan.
Ini semua sebab media sosial tuan-tuan dan puan-puan. Susah nak beralih dari B40 ke M40 dan kemudian ke T20. Iklan McDonald lah, iklan KFC lah.

Dengan tengok kawan sekolah ataupun kawan lain beli gajet baru. Sambut hari jadi di Secret Recipe ataupun Pizza. Memang mencabar alaf ini.
Kunci pertama ialah belanja dibawah kemampuan. Baki dari pendapatan itu disimpan.
Kurangkan buang masa
Sehari berapa hari hadap media sosial? Berapa lama hadap televisyen? Kurangkan masa ini sekiranya tidak tambah pendapatan.
Tambah pengetahuan baru
Pastikan pengetahuan baru ini boleh mendatangkan faedah menjadi T20 ataupun faedah di hari akhirat.
Banyak cara yang boleh dibuat untuk tambah pendapatan. Boleh baca artikel 5 Idea Bisnes Boleh Jana 4 Angka Sebulan Walaupun Masa PKP.
Belajar menjual di eBay
Tahukah anda yang di eBay anda boleh jadikan karier? Bukan setakat menjual sahaja malah boleh sewa pejabat dan menggajikan pekerja seperti Tim Export Mudah.
Dengan ilmu yang betul setiap hari boleh dapat order eBay seperti dibawah



Bagi yang sudah dapatkan Panduan Export Mudah sayang tau kalau tak aplikasikan.
Mcm mane nak berbisnes di platform ebay or shoppee secara part time utk permulaan sb sy bekerja
Jika nak buat secara part time boleh refer sini
https://rentassempadan.com/cara-uruskan-order-ebay-secara-part-time/