Seperti biasa dah menjadi tabiat seorang penjual di eBay yang suka mendengar bunyi notifikasi “Kacing” ataupun periksa email setiap pagi ada jualan masuk ke tak. “Congratulations, your item sold and it’s been paid for.
Anda pun dengan semangat mencari barang dan bungkus. Tiba masa untuk menempah perkhidmatan kurier untuk selesaikan penghantaran anda.
Jika anda memilih perkhidmatan dari Flickpost, anda boleh membuat tempahan secara online dengan mudah sama seperti syarikat kurier yang lain.
1. Anda perlu login ke akaun flickpost
Gunakan email yang anda daftar dengan flickpost, dan anda akan dibawa ke Dashboard Flickpost anda. Jika belum ada akaun, anda perlu daftar terlebih dahulu.
2. Klik Menu di bahagian atas sebelah kanan dan pilih Book Request
3. Isikan maklumat anda di bahagian “Sender Information” dan maklumat pelanggan anda di bahagian “Receiver Information” dengan lengkap dan betul.
4. Maklumat Penghantar
5. Maklumat Penerima
6. Isikan maklumat barang anda dengan lengkap di bahagian “Product Information”
Description : Nama barang anda
HS Code : Anda boleh tanya customer service jika anda tak pasti
Weight : Berat barang anda selepas bungkus.
Quantity : Kuantiti barang
Value : Harga barang anda jual
7. Isikan ukuran bungkusan anda untuk mendapatkan berat dimensi.
Pastikan maklumat yang diisikan adalah betul untuk elakkan barang anda dihantar kembali kepada anda atau sangkut di kastam.
8. Setelah siap isikan maklumat
Anda boleh pilih perkhidmatan yang disediakan dengan harga yang ditetapkan. Anda juga boleh membeli penambahan insuran jika barang yang anda nak pos itu lebih dari Rm500 sb Insuran percuma dari Flickpost hanya Rm500 maksima.
9. Pembayaran
Anda perlu membuat bayaran melalui iPay88, PayPal ataupun Flickpost wallet. Setelah selesai pembayaran, anda akan terus dapat nombor tracking dan boleh masukkan ke sistem eBay anda.
10. Printkan “Shipping Label” dan juga “Invois”.
Lekatkan Shipping Label pada bungkusan anda. Invois anda berikan pada rider semasa pickup.
11. Tunggu rider datang pickup barang anda di lokasi anda
atau anda boleh serahkan sendiri barang anda di dropoff point berdekatan.
Jika perkhidmatan flickpost tidak meliputi kawasan anda, anda boleh hubungi flickpost. Flickpost akan hantar Gdex untuk pickup barang anda. Anda juga boleh pos sendiri ke gudang flickpost.
Tempahan yang dibuat sebelum 12pm, rider akan datang pickup pada hari yang sama antara pukul 2pm hingga 6pm.
Daftar Flickpost (Free): https://bit.ly/daftar_flickpost
Customer Service Flickpost: https://bit.ly/whatsup_flickpost
Poskod Flickpost Cover Pickup: https://bit.ly/flickpostpickup_poskod
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan