Jika anda nak pos barang ke luar negara menggunakan kurier Flickpost,anda perlu menggunakan plastik kurier atau kotak sendiri untuk bungkus barang anda.
Tidak seperti syarikat kurier yang lain yang menyediakan sampul atau kotak kepada anda.
Pastikan anda menggunakan bungkusan yang sesuai untuk barang anda untuk elakkan kerosakkan. Bayangkan berapa ratus ribu lagi barang lain yang akan berkumpul sekali dengan barang anda dalam kapal terbang nanti.
Anda juga harus timbang dan ukur barang anda dengan cara yang betul dan jujur. Jika anda tersalah timbang dan ukur, kemungkinan barang anda akan dihantar kembali kepada anda.
Anda perlu sediakan beberapa barang untuk bungkuskan barang anda dan ikut beberapa langkah untuk siapkan barang anda sebelum pos ke luar negara. Barang-barang tersebut boleh dibeli dari Shopee atau Lazada.
1) Bubble Wrap
Sampulkan barang anda dengan bubble wrap, untuk elakkan barang anda rosak. Seeloknya gunakan bubble wrap 2 lapisan.
2) Plastik kurier atau kotak
Masukkan barang anda ke dalam plastik kurier atau kotak yang mana bersesuaian dengan barang anda. Barang yang banyak atau mudah pecah seeloknya menggunakan kotak.
3) Penimbang
Timbangkan bungkusan anda untuk mendapatkan berat sebenar bungkusan dalam nilai KG.
4) Pembaris atau Pita ukur
Ukurkan bungkusan anda untuk mendapatkan berat ataupun dimensi. Cara pengiraan dalam cm adalah (Tinggi x Lebar x Panjang)/5000.
Ukuran Tinggi
Ukuran Lebar
Ukuran Panjang
Harga penghantaran barang anda akan berdasarkan Berat Sebenar ataupun Berat Dimensi, yang mana yang lebih berat. Jika berat dimensi anda lebih walaupun berat sebenar lebih ringan, harga pos akan berdasarkan berat dimensi. Ini adalah sebab ruangan barang anda gunakan lebih besar semasa dalam kargo penerbangan ke luar negara.
Setelah tamat langkah bungkus dan timbang barang anda, barulah anda boleh membuat tempahan perkhidmatan pos dalam Flickpost.
Daftar Flickpost (Free): https://bit.ly/daftar_flickpost
Customer Service Flickpost: https://bit.ly/whatsup_flickpost
Poskod Flickpost Cover Pickup: https://bit.ly/flickpostpickup_poskod
Ingin alternatif lain selain daripada flickpost untuk hantar barang ke luar negara? Klik pautan di bawah
Macam mana nak packing brg bosskur, shipping label, consigment note nk letak mana… dan mcm mna. Terima kasih
Boleh rujuk post sini untuk tahu cara² gunakan flickpost https://rentassempadan.com/cara-gunakan-sistem-flickpost-untuk-hantar-barang-ke-luar-negara/
Semoga bermanfaat