Mangsa pertama virus covid19 ialah Pos Malaysia. Daripada menawarkan servis pos barang ke luar negara kepada hentikan perkhidmatan buat sementara waktu. Bila akan beroperasi kembali tidak pasti.
Bermula dari bulan lepas iaitu pada 3 Ogos 2020, semua penghantaran ke luar negara dihentikan kecuali ke Singapura sahaja. Perkhidmatan yang dihentikan adalah Flexipack International dan juga EMS.
Walaubagaimanapun masih boleh hantar menggunakan khidmat AsiaXpress iaitu salah satu anak syarikat Pos Malaysia. Kadar penghantaran memang jauh berbeza dengan Flexipack International. Penjual yang menjual barang bawah $20 USD memang tidak boleh cari makan.
Daripada kadar penghantaran untuk bawah 200 gram tidak sampai RM25 kepada RM100 lebih untuk berat yang sama. Kalau ada yang masih jual dengan harga bawah $20 USD besar kemungkinan penjual itu sudah lama tidak semak dan buka akaun eBay mereka.
Kurier lain seperti Singapore Post masih menawarkan khidmat ke luar negara. Terdapat caj tambahan dikenakan kepada pengguna yang baru dan juga sedia ada iaitu covid19 surcharge.
Jika sebelum ini secara purata mengambil masa 2 minggu hingga 4 minggu untuk pelanggan terima barang, dimusim covid19 ianya mengambil masa 3 minggu hingga 6 minggu. Pada awal musim covid19 ada yang ambil masa sehingga 2 bulan.
Bagi kurier yang mempunyai kapal terbang sendiri tiada masalah. Mereka tidak terjejas jika lapangan terbang negara lain tutup kerana mereka ada kapal terbang sendiri iaitu kapal kargo yang hanya membawa muatan barangan. Contoh kurier yang ada kapal terbang sendiri ialah DHL Express dan FeDex.
Bagi yang menggunakan DHL Express ada sedikit caj tambahan iaitu emergency situation. Tidak banyak caj yang dikenakan jika negara yang dihantar adalah USA ataupun United Kingdom.
Ada juga beberapa penjual yang menggunakan khidmat Singapore Post yang hanya tawarkan kepada pembeli dari USA sahaja. Kemungkinan besar mereka sudah alamai barang tidak sampai ke negara selain USA dan tidak mahu tanggung kerugian dengan memulangkan duit kepada pembeli bagi barang yang tidak berjaya dihantar.
Bagi yang menjual di eBay, untuk eBay.com boleh menjual sehingga 200 barang tanpa dikenakan yuran eBay untuk penyenarain tapi untuk setiap barang yang terjual yuran eBay dikenakan macam biasa.
Tidak susah sebenarnya nak pos barang ke luar negara. Yang penting tahu cara nak pos barang ke luar negara dengan menggunakan kurier apa. Kurier Flickpost pun boleh hantar ke luar negara musim covid19.
Jika sebelum ini hanya jual barang satu unit, strategi kali ini jual dengan kuantiti yang lebih sedikit untuk tampung kos penghantaran yang naik. Jika jual barang yang murah, naikkan sedikit harga. Jangan naikkan terlalu banyak harga takut nanti ada orang komplen price gouging di eBay.
Ubah corak pemikiran. Jika sudah terbiasa jual barang murah cuba jual barang mahal. Lama-lama Insha Allah akan terbiasa jual barang mahal dan tiada mood lagi jual barang yang harga rendah.
terima kasih update pasal flexipack dan ems