Ada masanya apabila pembeli mahukan refund dan perlu cancel order. Tapi terdapat error dimana tidak boleh cancel order di eBay. Jadi apa yang perlu lakukan adalah pulangkan duit pembeli terus dari akaun PayPal anda kepada akaun PayPal pembeli tu.
Untuk makluman jika cancel order di eBay, duit pembeli akan automatik masuk ke akaun PayPal mereka.
Selepas pulangkan duit pembeli perlu hubungi eBay. Ini kerana untuk tuntut yuran eBay yang dikenakan. Barang yang sudah dipulangkan duit sepenuhnya kepada pembeli, anda tidak dikenakan yuran eBay.
Jika cancel order di eBay yuran ini akan automatik ditolak manakala jika pulangkan di PayPal ianya tidak automatik ditolak yuran eBay yang tak sepatutnya dikenakan.
Hubungi eBay Malaysia dan beritahu mereka transaksi mana yang anda sudah pulangkan duit pembeli. Sebelum hubungi eBay, pastikan sudah semak di akaun eBay samada sudah dikreditkan ataupun belum yuran eBay ini.
Caranya klik account setting kemudian klik seller account.
Klik Credits seperti gambar dibawah. Semak samada yuran eBay sudah dikreditkan ataupun belum. Jika belum perlu hubungi eBay.
Semasa hubungi eBay, berikan nombor order dan juga nombor barang yang disenaraikan di eBay bagi memudahkan pihak eBay menyemak. Hubungi eBay Malaysia jika anda berada di Malaysia.
Assalam.. mcm mana nak refund ke buyer di ebay tanpa guna paypal? sebab paypal ada masalah dgn rhb dan stop service.
Wasalam. Setakat ni tiada masalah nak topup PayPal guna RHB. Ataupun boleh cuba cara ni https://rentassempadan.com/topup-paypal-melalui-evogates/