Dah buat banyak listing eBay? Apa kata cuba masuk ke platfrom Bonanza pula. Ianya percuma. Tiada bayaran yang dikenakan untuk mula menjual.
Listing yang banyak di eBay itu boleh di eksport ke platform Bonanza. Perlu daftar dahulu kemudian link kan akaun eBay ke akaun Bonanza yang baru daftar ini.
Tidak perlu buat listing dari awal di Bonanza. Hanya perlu import dari listing eBay dan ianya akan automatik masuk ke akaun Bonanza.
Bukan setakat listing di eBay boleh diimport, jika ada listing di Amazon, Etsy dan Shopify pun tiada masalah. Boleh diimport. Jika hendak import menggunakan fail excel CSV pun boleh.
Penjual di Bonanza boleh terima pembayaran melalui PayPal ataupun Stripe. Jika sudah mula menjual di eBay sudah tentu ada akaun PayPal. Kelebihan disini. Ramai penjual eBay yang import listing mereka ke Bonanza.
Bagi yang dah buat akaun eBay, Bonanza ini lebih senang. Boleh listing banyak barang tanpa perlu risau tentang listing fee. Bonanza menyediakan tutorial bagaimana untuk mula menjual di platfrom mereka. Boleh baca disini.
Cara-cara nak pos barang ke luar negara selepas dapat order dari Bonanza sama seperti eBay. Yang penting masa musim virus covid19 gunakan kurier yang boleh hantar dengan cepat.
Tidak banyak order di Bonanza seperti order di eBay. Tetapi disebabkan tidak perlu buat listing, apa salahnya masukkan sekali di Bonanza. Siapa tahu dengan buat listing di Bonanza dapat order tambahan .
Jangan lupa semak notifikasi email. Dikhuatiri ada order di Bonanza tetapi tidak perasan. Perkara ini memang selalu terjadi kepada penjual baru.Selamat mencuba!
Selamat ke kalau link kan dengan Ebay. Tak kena suspended??
Setakat ni tiada masalah.