Sekiranya akaun PayPal kosong dan anda ingin memasukkan duit USD kedalam akaun PayPal cara yang pertama adalah menggunakan bank RHB. Sekiranya tiada akaun bank RHB anda boleh menambah dengan menggunakan khidmat evoGates. Caranya seperti dibawah
- Tukarkan kepada Paypal (USD) sekiranya mahu matawang USD di PayPal.
- Masukkan nilai wang yang ingin dibayar.
- Masukkan nilai USD sebagai contoh $10 USD
- Klik Exchange
Paparan yang keluar kali ini menyatakan bahawa nilai minimum perlu 80 MYR. Selepas masukkan nilai 80 MYR akan automatik matawang PayPal USD menjadi $17.20 USD.
- Masukkan email
- Masukkan nombor telefon
- Pilih Bank untuk pindahkan duit. Buat masa ini hanya 4 bank iaitu Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank dan juga RHB.
- Masukkan alamat email PayPal anda. Klik submit
Anda perlu pindahkan wang mengikut butiran yang evoGates beri. Semasa memindahkan wang perlu masukkan Order ID anda iaitu SKU1**** dan email kan ke admin@evogates.com. Dalam masa 2 jam waktu bekerja duit USD akan masuk ke akaun PayPal anda.
Butiran yang perlu dihantar kepada admin@evogates.com
Dalam masa 2 jam anda boleh menyemak akaun PayPal anda. Sekiranya sudah berjaya dihantar, evoGates akan emailkan butiran. Perlu diingat, $17.20 USD belum ditolak yuran PayPal. Selepas ditolak anda akan menerima $16.23 USD.
Penafian : Pihak rentassempadan.com tidak bertanggungjawab terhadap kesan kewangan yang mungkin dihadapi pembaca dengan mengikuti artikel ini. Ianya berdasarkan pengalaman penulis.
Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan
Sangatt terbaikk cara evogates ni untuk maybank user!! takyah susah susah buka rhb, btw sekarang dah April 2021,dalam masa sebulan dah up minimum topup ke 100 ringgit. Anyway,thanks for the methodss topup PayPal <3
Sama²
Salam tuan..boleh saya tahu dimana saya nk dapatkan ARN number ya dari urusan refunded wang saya dari Ebay…sebab maybank mahukan Acquirer refrence number (ARN) untuk urusan pemulangan duit ke akaun bank saya..harap tuan boleh bantu..terima kasih
Wasalam. Boleh hubungi pihak eBay untuk dapatkan maklumat.