Ada ketika jika nak keluarkan duit dari PayPal ke kad visa, akan keluar amaran seperti diatas. Tidak boleh diproses buat masa ini.
Ini perkara biasa. Bila cuba sekali lagi pun ada masalah. Bila cuba kali ketiga pun keluar masalah yang sama. Solusinya biarakan seketika. Cuba lagi selepas sejam.
Kadang kala lepas sejam pun keluar masalah yang sama. Cuba lagi selepas 6 jam. Jika masalah yang sama keluar, cuba lagi 12 jam. Ataupun cuba keesokan hari.
Bila hubungi pihak bank katanya tiada masalah dari pihak mereka. Bila hubungi PayPal pun perkara yang sama mereka beritahu. Tiada masalah dari pihak PayPal. Tidak pasti masalah dari siapa.
Yang pasti bila keesokan harinya keluarkan duit dari PayPal ke kad Visa tiada masalah. Masalah ini biasanya ke kad visa. Jika keluar ke akaun bank kebiasaannya tiada masalah.
Kalau amaun duit yang nak dikeluarkan dari PayPal kurang dari RM40 memang tak boleh. Minimum amaun yang boleh adalah RM40 ataupun tukaran matawang asing ke Ringgit Malaysia mesti minimum RM40.