Bagi yang baru hendak daftar akaun PayPal persoalan akan ada persoalan samada hendak daftar akaun persendirian PayPal ataupun bisnes. Apa beza antara personal dan juga bisnes?
Jika jual di eBay sahaja tiada masalah jika guna akaun PayPal persendirian. Jika anda ingin menjual di paltfrom lain seperti Grailed, woocommerce ataupun Shopify, akaun PayPal anda perlu kategori bisnes.
Kelebihan menggunakan akaun Paypal bisnes adalah boleh cipta pengguna lain seperti kakitangan anda untuk buka akses akaun PayPal. Mereka boleh buka sahaja tidak boleh ambil duit anda.
Jika duit dalam akaun PayPal anda melebihi RM3000 pada suatu masa, akan keluar notifikasi dari PayPal untuk sahkan identiti.
Jika akaun PayPal persendirian kebiasaannya perlu hantar dokumen seperti kad pengenalan ataupun lesen memandu ataupun pasport beserta bill utiliti ataupun bukti alamat lain seperti penyata bank.
Jika akaun PayPal bisnes, akan ada satu lagi dokumen tambahan iaitu sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).