Ramai pengguna PayPal mengadu yang mana akaun mereka tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana ada kemaskini yang perlu dilakukan dan mungkin tidak sedar yang PayPal ada hantar email.
Ye lah dah pakai Payoneer di eBay sekarang, email PayPal ramai yang tidak buka. Sayang sekali jika dibiarkan akaun PayPal ini kerana boleh digunakan untuk deal luar eBay seperti dalam Panduan Export Mudah.
Jika dapat email seperti gambar diatas masuk ke akaun PayPal dan kemaskini. Jika tidak jumpa pautan untuk di klik boleh klik pautan di bawah ni
https://www.paypal.com/policydashboard/process/compliance/mdc
Ikuti arahan seterusnya. Paparan yang keluar di PayPal anda mungkin berbeza tetapi ianya hampir sama. Klik Get Started

Masukkan butiran seperti nombor kad pengenalan, pekerjaan dan juga industri anda bekerja.

Jika terima email selepas klik next, klik pada pautan email itu. Kemudia isikan butiran yang PayPal arahkan untuk diisi sekali lagi. Di bahagian Drag and drop file lampirkan salinan kad pegenalan ataupun lesen ataupun passport.

Jika PayPal minta bukti alamat, lampirkan sekali penyata bank ataupun kad kredit ataupun apa-apa bukti alamat anda.
Selesai. Mudah sahaja. Cuma ramai yang tak perasan email dari PayPal ini