Jika sebelum ini hanya boleh letakkan gambar tetapi mulai sekarang sudah boleh letakkan video. Ianya sudah diperkenalkan kepda ramai penjual di eBay. Jika akaun eBay anda tiada pilihan ini tunggu sedikit masa lagi.
Sebelum ini video hanya boleh diletakkan dibahagian deskripsi sahaja.
Paparan yang biasa apabila hendak menjual di eBay adalah seperti di bawah. Ada satu pilihan yang baru eBay sediakan iaitu Try the new listing tool. Klik sahaja.

Selepas klik tekan sahaja continue. Dan paparan yang akan keluar ialah seperti di bawah

Boleh masukkan video dari telefon atau komputer. Jika hendak ambil link dari website pun boleh. Link dari Youtube maaf, tidak boleh. Ada beberapa kriteria video yang eBay tetapkan iaitu
- Saiz maksimum video adalah 150 MB
- Resolusi maksimum adalah 1080p
- Resolusi output yang disokong adalah 240p, 360p, 480p dan 720p
- Jenis fail MP4, MPEG-4 part 10 ataupun MPEG-4 AVC
Dengan adanya video ini boleh menerangkan dengan lebih tentang kelebihan, kegunaan, cara pemasangan produk anda.