Bermula dari 7 Mac 2021, bagi mereka yang keluarkan duit dari akaun PayPal ke kad bank RHB akan dapat 2 kali. Ianya berlaku sehingga 22 Mac 2021.
Tidak pasti kesilapan dari pihak mana. Samada PayPal ataupun pihak RHB.
Pengeluaran ke kad sahaja yang alami situasi ini. Pengeluaran ke akaun bank tiada masalah.
Untuk makluman pengeluaran ke kad akan dapat duit serta merta. Boleh baca di sini.
Setakat ini kami masih belum jumpa kenyataan dari mana-mana pihak samada RHB ataupun Paypal.

Jika dilihat dari transaksi di atas, pengeluaran dari PayPal ke kad RHB pada 19 Mac 2021 sebanyak RM 1,386.76. Kemudian dapat lagi amaun yang sama pada 21 Mac 2021.
Masalah ini hanya berlaku di RHB sahaja. Semakan di bank lain tidak terdapat masalah ini.
Bagi mereka yang dapat duit 2 kali ini, pihak RHB akan ambil balik duit terlebih ini. Jika lihat gambar atas pada 24 Mac 2021 pihak RHB sudah buat potongan.
Pemotongan bermula pada 23 Mac 2021. Anda hadapi perkara ini juga? Boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.
kenapa tranfser wang dari paypal ke rhb tak masuk2 sedangkan payment dah compeleted.
Kadang² memang macam tu. Tunggu 3 hari bekerja baru akan clear.