Seperti sedia maklum yang eBay mula arahkan penjual di platform mereka menggunakan eBay managed payment bermula bulan Jun 2021. Bagi yang masih menggunakan PayPal ianya masih boleh lagi digunakan sehingga minggu ini.
eBay mula hentikan listing produk mereka yang masih tidak daftar akaun Payoneer. Bagi yang masih gunakan PayPal pastinya akan dapat seperti di bawah

Kenapa ada yang masih tidak gunakan Payoneer?
1. PayPal dapat pembayaran dengan segera
Bagi akaun lama, jika ada jualan terus masuk ke akaun PayPal dan boleh terus keluarkan duit itu ke bank tempatan. Dengan sistem eBay managed payment ianya akan masuk dalam masa 2 hingga 5 hari.
2. Akaun Payoneer tidak berjaya verify
Semasa daftar akaun Payoneer , akan ada dokumen yang diminta. Jika pihak Payoneer tidak puas hati dengan dokuemen yang dihantar, mereka akan minta lagi dokumen lain.
Ada juga kes dimana dokumen yang dihantar meragukan pihak Payoneer, mereka akan batalkan terus akaun Payoneer. Sebab itu ada yang masih pakai lagi gunakan PayPal.