Shopee kini telah mewajibkan para penjual mereka untuk membuat listing produk berdasarkan dimensi kecuali untuk produk digital(Tiket dan Baucar)
Ini bertujuan untuk mengurangkan percanggahan yuran penghantaran yang di cas pada setiap penjual. Pengiraan berat volumetrik ini telah diseragamkan pada semua kurier.
Baca: Shopee Lindungi Privasi Pembeli Pada Air Waybill
Penggiraan Berat Volumetrik
Berikut adalah contoh penggiraan berat volumetrik bagi satu produk atau pelbagai produk dalam satu susunan
- Satu produk dalam satu susunan
Pengiraan Berat Volumetrik (kg) = Height (cm) x Width (cm) x Length (cm) / 5000.
- Pelbagai Produk dalam satu susunan
Pengiraan Berat Volumetrik (kg) = Max Length (cm) x Max Width (cm) x Sum (Height (cm) x Quantity) / 5000
Secara automatik Shopee menyusun semula dimensi yang dinyatakan menjadi Panjang, Lebar dan Tinggi berdasarkan susunan menurun semasa mengira berat volumetrik.
Contoh:
Berikut ialah saiz yang anda masukkan sendiri untuk pelbagai produk dalam satu susunan.
Setelah sahaja anda memasukkan dimensi produk, Shopee akan menentukan sisi terpendek sebagai Tinggi, dan sisi terpanjang sebagai Panjang ketika mengira Berat Volumetrik:
Shopee akan mengambil produk dengan ukuran Panjang dan Lebar terpanjang semasa mengira dimensi
Panjang, Lebar dan Jumlah Tinggi semua produk akan menjadi bahagian utama untuk Pengiraan Berat Volumetrik anda seperti dibawah:
Volumetric weight calculation (kg)
= Max Length (cm) x Max Width (cm) x Sum (Height (cm) x Quantity) / 5000.
Volumetric weight calculation (kg)
= 8 cm x 7 cm x 15 cm / 5000 = 0. 168 kg
Had Berat Setiap Kurier
Had berat untuk setiap kurier adalah berbeza-beza. Jadual di bawah menunjukkan perbezaan bagi setiap saluran penghantaran:
Bagi penjual di shopee yang masih belum tahu untuk membuat listing produk berdasarkan dimensi, anda boleh terus rujuk pada Shopee Seller Education Hub untuk maklumat dan panduan yang lebih terperinci.