Tahukah anda, penggunaan platform Shopee yang menjadi pilihan masyarakat sekarang mempunyai ciri-ciri yang menarik dan pelbagai fungsi.
Dalam Shopee, anda boleh membuat refund dan withdraw duit semula ke akaun bank. Penjual dan pembeli di Shopee masing-masing boleh menggunakan kaedah ini.
Baca: Mengapa Perlu Aktifkan Shopee Pay
Bezanya, penjual di Shopee boleh membuat withdraw menggunakan Seller Balance, manakala pembeli di Shopee boleh refund dan withdraw menggunakan ShopeePay.
Refund Dan Withdraw Untuk Penjual Dan Pembeli Di Shopee
Daftar Akaun Bank Di Shopee
Perkara utama yang perlu dilakukan adalah mendaftar akaun bank di Shopee
Buka apps Shopee anda dan Klik pada Me dan tekan Account Setting. Dan klik pada Bank Account/ Cards

Sekiranya, dah ada akaun bank boleh gunakan yang sedia ada.
Tekan pada add bank account. Masukkan maklumat akaun bank ke dalam Shopee. Pihak Shopee akan minta nama penuh, no akaun bank, dan nama bank milik anda dan klik Done.

Shopee akan menghantar verification code melalui no telefon yang dah didaftarkan melalui Shopee. Masukkan no tersebut dan Continue.
Maklumat yang telah isi tadi sudah ada diruangan Bank Account. Anda boleh lah menggunakan kedua-dua akaun bank yang tertera di bawah ini

Sekiranya anda nak buang no akaun bank tersebut, anda boleh terus klik akaun bank tersebut dan pilih Delete. Sebaik sahaja dah berjaya update no akaun bank, segala refund dan withdraw sudah boleh lakukan.
Sekiranya telah cancel order di Shopee, anda akan menerima notification melalui Shopee apps dan e-mel. Segala bayaran akan dapat refund dalam tempoh masa terdekat.
Cara Nak Withdraw Duit Dari Seller Balance
Bagi penjual segala pembayaran yang penjual terima akan masuk ke Seller Balance. Kemudahan bila menggunakan Seller Balance ini adalah
- Memudahkan untuk track semua income dan withdrawal ke bank akaun
- Boleh filter transaksi mengikut tarikh.
- Boleh set automatik withdrawal ataupun manual bila bila masa
- Manual withdrawal memerlukan pin verification yang bagus untuk keselamatan akaun.
Penjual juga boleh withdraw duit dari seller balance ke akaun bank anda. Caranya pergi ke Me, klik pada Seller Balance dan Klik withdraw

Di halaman withdrawal, pilih jumlah yang mahu withdraw. Penjual juga boleh tetapkan jumlah yang hendak dikeluarkan dari dalam Seller balance. Selepas itu, klik Next.
Selepas itu, akan keluar paparan untuk Confirm Withdrawal dan Klik Confirm.

Tambahan lagi, penjual juga boleh withdraw secara automatik. Penjual boleh pilih untuk aktifkan automatic withdraw diruangan setting apps Shopee penjual.
Pergi ke Seller Balance Setting. Klik pada Auto Withdrawal. Anda boleh pilih dimana
- Once a week – Balance akan masuk pada setiap hari rabu
- Once a month – Balance akan masuk sehari dalam sebulan

Withdrawal Duit Dari ShopeePay Ke Akaun Bank
Untuk pembeli atau pengguna biasa, setelah anda berjaya mendaftar bank akaun dan mendapatkan pengesahan terus pergi ke ShopeePay > Withdrawal

Untuk yang pertama kali ingin menggunakannya pastikan anda verify kad pengenalan anda. Muat naik gambar kad pengenalan dan gambar anda selfie bersama kad pengenalan

Semak semula maklumat peribadi anda jika semuanya betul tekan Confirm. Akaun bank anda akan disahkan dalam masa 24 jam.

Setelah bank akaun anda berjaya disahkan, pilih akaun bank dan tetapkan jumlah untuk Withdrawal. Tekan Next setelah mengesahkan butiran pengeluaran.

Akhir sekali anda akan diminta mengesahkan pengeluaran dengan menggunakan Touch / Face ID. Withdrawal Details akan dipaparkan.
Proses pengeluaran akan berjaya dengan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja.

Proses Refund dan Withdraw ini sangat mudah dilakukan hanya dengan beberapa langkah. Bagi anda yang ingin cuba menambah penadapatan di platform Shopee boleh rujuk Panduan Shopee.