Estimated reading time: 2 minutes
Shopee pay adalah salah satu cara pembayaran untuk anda membeli barang di shopee. Ianya merupakan salah satu perkhidmatan ewallet. Selain di shopee, anda boleh guna ewallet ini di Caltex, DHL, Kenny Rogers Roasters dan banyak lagi.
Boleh rujuk disini untuk melihat senarai perkhidmatan yang boleh guna ewallet ini.
Kenapa perlu aktifkan shopee pay?
Jika selalu beli barang di shopee, anda akan dapat penghantaran percuma. Banyak barang yang pihak shopee tawarkan penghantaran percuma jika bayar melalui ewallet ini.
Jika anda yang jadikan shopee sebagai salah satu lubuk supplier, kos penghantaran ni boleh jimat dengan banyak. Sebagai contoh penjual eBay yang beli barang di shopee dan jual balik ke luar negara.
Baca : Contoh alat tulis yang terjual di eBay

Cara untuk aktifkan ewallet ini sangat mudah. Shopee ada tunjukkan tutorial. Hanya ikuti sahaja.
Untuk tambah nilai ke ewallet ini ianya boleh dilakukan dengan kredit kad, kad debit ataupun akaun bank.
Boleh keluarkan duit dari shopee pay ke akaun bank?
Anda boleh keluarkan duit dari ewallet ini ke akaun bank. Hanya perlu klik transfer seperti gambar diatas dan ikuti arahan seterusnya.
Apa kelebihan lain shopeepay
Tidak perlu bawa tunai
Dengan semakin banyak kedai yang menawarkan pembayaran nirtunai melalui ewallet ini, tidak perlu bawa tunai.
Sangat mudah untuk tambah nilai
Jika anda sudah hubungkan akaun shopee dengan kad kredit, hanya perlu masukkan nilai tambah. Anda akan terima mesej notifikasi yang menyatakan sudah berjaya tambah nilai.
Pembayaran barang di shopee dengan pantas
Tidak pelu lagi isi TAC setiap kali membeli barang. Jika anda aktifkan face id, hanya perlukan itu sahaja untuk bayar barang. Ianya selamat kerana hanya muka pembeli sahaja yang boleh digunakan untuk membayar.