Shopee merupakan salah satu lama e-dagang yang popular di Malaysia. Taip sahaja barang yang ingin dicari dan hampir semuanya ada di Shopee. Yang menariknya banyak barang yang dijual di Shopee lebih murah dari di kedai biasa walaupun sudah diambil kira dengan kos penghantaran.
Dengan populariti ini tidak mustahil ramai yang sudah berbelanja lebih-lebih lagi apabila waktu gaji. Perasan tak setiap kali waktu gaji penjawat awam Shopee akan adakan promosi.
Sekiranya menggunakan pelayar Chrome desktop jumlah perbelanjaan anda di Shopee boleh diketahui. Di telefon tidak boleh.
Cara nak tahu perbelanjaan Shopee ialah masuk ke laman Github kemudian salin kod.
Masuk ke laman Shopee di desktop dan klik kanan kemudian pilih Inspect
Klik Console
Tampal kod yang di salin di laman Github tadi ke bahagian bawah
Klik Enter
Tunggu sebentar. Kemudian jumlah perbelanjaan akan terpapar seperti dibawah.
Mudah sahaja kan. Dengan kod ini anda boleh semak berapa jumlah perbelanjaan di Shopee. Selamat mencuba.