Kepada yang tertanya-tanya boleh ke pos barang ke Indonesia dan berapa kos penghantaran ke sana?
Selain penghantaran ke negara US, UK, AU dan Singapore, Kini BerkatPos juga menawarkan penghantaran ke Indonesia dan beberapa negara eropah yang lain.
Barang dihantar dari pejabat BerkatPos di Pasir Gudang pada 25 Ogos dan dalam masa 6 hari sahaja barang selamat sampai tiba di Cengkareng, Indonesia dengan menggunakan FedEx.
Penerima berkemungkinan perlu membayar cukai
Apabila barang tiba di Indonesia, berkemungkinan penerima perlu membayar cukai. Pihak kurier akan menghubungi penerima di Indonesia dan pihak BerkatPos juga akan mendapat email seperti contoh gambar diatas.
Ianya secara rawak pihak kastam Indonesia dan kebiasaannya tidak perlu bayar.
Gambar diatas ialah contoh tangkap layar bukti bayaran tax yang perlu dibayar oleh penerima di Indonesia.
Barang apa yang boleh dihantar?
Berdasarkan pengalaman pengguna BerkatPos, barang yang pernah dihantar adalah seperti baju dan barang kereta. Dalam masa seminggu sahaja barang sampai ke Indonesia jika tiada sebarang masalah di pihak kastam.
Bagi anda yang ingin menghantar barang ke Indonesia, boleh hubungi kami terlebih dahulu melalui telegram untuk mendapat kepastian sama ada barang tersebut boleh dihantar ataupun tidak.
Berapa kos hantar barang ke Indonesia?
Anda boleh hubungi kami melalui telegram dan berikan alamat penuh penerima untuk bertanya tentang kos penghantaran ke Indonesia.
Kemungkinan ada beberapa kawasan di Indonesia yang merupakan kawasan pendalaman akan dikenakan caj tambahan.
Kami akan bantu semak dahulu dan beritahu kos penghantaran kepada anda.
Update 2023-07-05: BerkatPos sudah tidak buat penghnataran ke Indonesia. Anda boleh hubungi Pos Malaysia ataupun JnT untuk penghantaran.
Boleh ke saya hantar phone ke indonesia