Buat masa ini servis BerkatPos untuk penghantaran ke negara USA, UK, Canada, Australia dan Singapura. Servis ke negara lain boleh ke?
Ini antara persoalan yang selalu pengguna tanya kepada pihak BerkatPos. Jawapannya bergantung kepada barang dan negara mana yang nak dihantar tu.



Tangkap layar diatas adalah sebahagian daripada pengguna yang bertanya. Ada yang hantar order eBay, Bonanza, ETSY dan ada juga yang hantar kepada saudara mara.
Anda boleh tanya dengan menyatakan barang apa yang nak dihantar beserta gambar, berapa berat dan juga ke negara mana. Jika boleh mengikut pengalaman BerkatPos kami akan beritahu berapa kos penghantaran.
Jika tidak boleh pun kami akan beritahu.
Biasanya pertanyaan banyak penghantaran ke kawasan pendalaman dan akan dikenakan caj tambahan. Itu semua akan kami semak dahulu dengan sistem.
Kosnya tidak jauh beza dengan kos semasa. Sebagai contoh penghantaran ke Perancis tidak jauh beza dengan penghantaran ke UK.