Kawasan pendalaman ataupun remote area adalah kawasan yang kepadatan penduduknya sedikit. Ianya juga jauh dengan kawasan bandar.
Bergantung kepada pihak kurier yang anda gunakan, ada yang mengenakan caj jika barang dihantar ke kawasan pendalaman. Ada yang tidak kenakan caj.
Boleh hubungi kurier yang anda gunakan untuk medapatkan kepastian.
Kenapa caj ini dikenakan?
Kerana tidak banyak penghantaran yang dilakukan oleh pihak kurier ke kawasan itu. Jadi bagi ingin mengelakkan kerugian pihak kurier kenakan caj tambahan ini.
Ada kurier yang berkolabrasi dengan kurier lain untuk hantar ke kawasan pendalaman. Mereka kumpul sehingga ada beberapa penghantaran baru dihantar ke pelanggan.
Caj yang dikenakan juga bergantung kepada syarikat kurier. Ada syarikat kurier yang mengenakan caj tambahan RM90 bagi setiap penghantaran ke kawasan pendalaman.
Contohnya jika caj ke kawasan biasa RM70, caj ke kawasan pendalaman akan dikenakan RM160 dimana RM70 ditambah dengan RM90.
Di eBay boleh tandakan semua tempat diatas untuk mengelakkan dikenakan caj tambahan untuk penghantaran ke Australia. Jadi pembeli dari kawasan ini tidak boleh beli dengan anda.
Di Australia paling banyak kawasan pendalaman. Penduduk Australian biasanya tinggal di tepi laut seperti Melbourne, Perth, Sydney dan Brisbane.
Bagi yang tinggal di gurun iaitu tinggal ditengah-tengah Australia dikira kawasan pendalaman.