Selain Pos Laju, DHL dan lain lain syarikat kurier, Web2ship juga popular di kalangan pedagang pedagang eBay di Malaysia. Ini kerana mereka menyediakan kemudahan tempahan perkhidmatan pos untuk menghantar bungkusan hanya melalui laman sesawang tanpa perlu beratur dan mengambil nombor.
Pelanggan mempunyai pilihan sendiri untuk menguruskan bungkusan mereka menggunakan plastik bungkusan sendiri berbanding syarikat kurier lain yang menyediakan bungkusan atau kotak kepada pelanggan mereka.
Oleh kerana pelanggan menyediakan bungkusan sendiri, mereka perlu menimbang bungkusan mereka dengan tepat ketika membuat tempahan. Jangan khuatir jika anda salah dalam timbangan pihak Web2ship akan menghantar pengesahan melalui email untuk mengesahkan tambahan berat.
Jangan lupa berlaku jujur dalam perniagaan okay?
Tak tahu nak jual apa di eBay? Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan tentang barang yang laku di eBay.
Anda hanya perlu membuat tempahan perkhidmatan pos dan jika bungkusan anda berbentuk kotak anda perlu mengisi ruangan “size (cm)”. Jika bungkusan anda hanya berbentuk plastik sudah memadai hanya mengisi ruangan “weight”.
Selesai membuat tempahan anda akan mendapat pilihan kurier seperti di bawah. Anda hanya perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan “Member Rate” untuk harga yang lebih murah murah berbanding “Publish Rate”.
Jika anda memilih untuk melanggan “Business Rate”, VIP500 atau VIP2000 anda perlu membayar sejumlah harga seperti yang tertera di laman sesawang Web2ship>Shipping Rates.
Untuk penyedian bungkusan pula anda hanya perlu memastikan seperti di bawah :
1. Bubble wrap – Anda perlu melindungi barang anda dari sebarang kerosakan ketika penghantaran dengan membungkus dengan bubble wrap seelok eloknya dua atau tiga lapisan mengikut kesesuaian.
2. Plastik kurier atau kotak – Anda boleh mendapatkan plastic kurier atau kotak di Shoppe. Jika barang anda mudah pecah atau sebagainya seelok eloknya gunakanlah kotak untuk mengelakkan barang pecah.
3. Penimbang – Penimbang boleh didapati di Shoppe atau di kedai kedai mejual peralatan membuat kek. Ia penting untuk anda mendapatkan berat sebenar ketika membuat tempahan.
4. Pembaris atau pita ukur – Ia digunakan untuk anda mengukur bungkusan anda jika anda menggunakan kotak. Ukuran dan cara pengiraan di dalam cm adalah ( Tinggi X Lebar X Tinggi)
Tips untuk mendapatkan harga lebih murah mestilah melalui pembungkusan plastic. Ini kerana jika menggunakan kotak syarikat kurier ini akan memilih berat dimensi berbanding berat sebenar kerana size barangan yang anda gunakan lebih besar semasa di dalam kargo penerbangan ketika penghantaran.
Selesai penyedian ini anda boleh membuat tempahan perkhidmatan pos di laman sesawang Web2ship.
Apa yang anda perlu lakukan selepas selesai membuat tempahan dan mengisi segala ruangan, anda perlu mencetak print shipment label dan consignment note. Anda boleh dapatkan di ruangan seperti di atas.
Shipment Label ini perlu dilekatkan di pembungkusan plastik atau kotak anda seperti di atas. Jika anda mempunyai lebih dari satu bungkusan, anda perlu melekatkan shipment label ini di setiap satu bungkusan anda.
Barang yang terjual ini seperti apa yang Panduan Export Mudah tunjukkan.
Sesudah selesai anda perlu memasukkan kesemua bungkusan anda ke dalam bungkusan yang lain dan melekatkan consignment note seperti di atas untuk kegunaan kurier.
Untuk pengetahuan anda pihak Web2ship mempunyai perkhidmatan untuk mengambil bungkusan dari rumah (kawasan tertentu sahaja) selain anda mempunyai pilihan untuk menghantar sendiri di pusat pungutan Web2ship.
Semoga Berjaya!
Oo ye. Ada pilihan lain sekiranya anda ingin hantar barang ke luar negara. Klik pautan di bawah
Salaam
Macam nak dapat harga member rate.
Untuk webship
Salam. Boleh daftar dahulu untuk mendapatkan member rate. Jika bussiness, vip500 dan vip2000 anda perlu melakukan sejumlah bayaran setiap bulan.
Assalamualaikum Tuan..
Saya Puan Engku Noor Mariani dari Banting Selangor. Saya nak bertanyakan pasal penghantaran barang dr Banting ke Islamabad Pakistan. Dengan cara apakah yg terbaik & kos yg berpatutan. Apakah faktor2 yg dikenakan caj oleh pihak courier bila sampai disana nanti? Maksudnya caj Custom Duty. Bolehkah kita mengelak dr dikenakan caj Custom Duty? Terima kasih Tuan
Boleh hantar guna express shipping seperti ataupun Fedex. Caj custom itu tidak boleh dielakkan. Lain negara lain undang².
Salam .. Nak tanya tuan, kalau pos guna sampul/plastik kurier saja perlu ukur panjang x Lebar x tinggi tak di web2ship?
Dan mcm mana kalau kita dah pos barang dan dah dpt no tracking , Tetiba Customer cancel order . Apakah seller akan rugi?
Wasalam. Biasanya kena ukur.
Kalau dah pos barang buyer tak boleh nak cancel. Kalau nak cancel juga buyer tu kena poskan balik ke seller.
Salam bro..nak hantar parcel to Philippines guna apa service yg the best.. Handphone bole hantar ke..sbb POS Malaysia ckp electronic items x diterima..btol ke?
Wasalam. Memang betul. Boleh tanya kurier lain seperti DHL express or flickpost
Wasalam. Memang itu requirement. Mana² kurier akan beritahu benda yang sama.
kalau dari Tawau, Sabah nak pos brg pergi Turkey , boleh tak?
Boleh. Hubungi pihak web2ship ataupun klik sini untuk hantar barang ke luar negara
salam nak tanya tuan, bagaimana kita nak tahu tempat pusat pungutan2web2ship ?dekat kawasan kita?
Wasalam. Kena contact pihak web2ship. Kalau tak silap diorang pakai gdex. Kena contact diorang untuk pastikan
Hai . Saya nak tanya . Kalau nak hantar barang ( Baju ) ke Thailand berapa ya kos penghantaran sekarang ni ?
Boleh hubungi sini untuk tahu tentang harga hantar baju ke Thailand
Hai nak tanya kalau nak hantar liquid ke indonesia guna courier yang mana lagi okay ?
Kena tanya web2ship tu boleh ke tak hantar liquid ke Indonesia
Selamat petang,kalau nak post item seperti lotion,dan parfume dalam 1 carton box ke Singapore sesuai guna kurier DHL Exprees ke?
Saya baca dari comment En.Farhan kat atas.
Terima kasih.
Boleh hubungi telegram kami untuk keterangan lanjut
Assalammualaikum bang.. Sy nak hantar rod pancing ke mareeba Australia… Kurier ape yg senang, mudah dan harga berpatutan
Boleh hubungi telegram BerkatPos untuk pertanyaan lanjut. Thanks.
Hello encik nak tnya dari dungun terengganu nak hntar barang ke poland macam mana ya?
Hello. Boleh hubungi BerkatPos untuk hantar barang ke luar negara ye.
Salam tuan.boleh kah pos scooter elektrik ke pakistan
BerkatPos.com tak hantar. Kena tanya kurier lain.
Salam Tuan Hantar Makanan Ke Korea Selatan boleh ke? Contoh ready to eat full packaging
boleh hubungi berkatpos.com untuk penghnataran ke korea
Hello, nak tanya Web2ship masih ada ke?
Dah takde. Kalau nak hantar barang ke luar negara boleh guna servis berkatpos.com