Estimated reading time: 2 minutes
Jika dalam keadaan normal tidak banyak caj tambahan yang dikenakan. Sekarang kita berada dalam keadaan norma baharu. Caj tambahan pun timbul seiring dengan norma baharu.
Sebelum norma baharu kebiasaannya pihak kurier mengenakan 4 caj tambahan. Tidak semua kurier mengenakan caj ini.
1. Caj bahan api
Caj ini berubah-ubah setiap minggu. Ianya bergantung kepada harga minyak pada minggu itu. Jika harga minyak melambung naik maka caj bahan api ini meningkat naik.
Katakan caj untuk ke Amerika Syarikat untuk berat 1 kg ialah RM75. Caj tambahan bahan api 7%, maka kos tambahan yang perlu anda bayar adalah RM5.25. Maka kos penghantaran menjadi RM80.25.
2. Perubahan alamat
Katakan pembeli menggunakan alamat di rumah. Tetapi apabila pihak kurier hubungi untuk menghantar ke alamat pejabat.
Ada pihak kurier yang kenakan caj tambahan. Yang ni memang tidak boleh buat apa-apa.
Jangan risau. Mengikut pengalaman dalam 100 penghantaran akan ada satu pembeli yang ubah alamat.
3. Alamat kediaman dan alamat pejabat
Ada pihak kurier mengenakan caj tambahan jika penghantaran di alamat kediaman. Alamat pejabat tiada caj tambahan yang dikenakan.
4. Kawan pendalaman
Baca : Apa itu remote area ataupun kawasan pendalaman
Dengan norma baharu ada satu lagi caj tambahan yang dikenakan iaitu caj tambahan covid19.
Caj ini biasanya berbeza mengikut negara. Contohnya penghantaran ke Amerika Syarikat, pihak kurier kenakan caj tambahan sebanyak RM2. Penghantaran ke United Kingdom dikenakan caj tambahan RM3.
Kadar ini berbeza untuk setiap syarikat kurier. Ada kurier yang gelarkan caj tambahan ini sebagai caj situasi kecemasan.
Jangan risau. Nampak macam banyak caj tambahan yang dikenakan tetapi sebenarnya yang biasa dikenakan ialah caj bahan api dan juga caj tambahan covid19.
Jangan terkejut dengan caj tambahan ini. Sebenarnya sudah dinyatakan dalam perjanjian antara anda dan syarikat kurier. Cuma macam biasa, bukan semua orang baca perjanjian itu.
Satu lagi, ini yang biasa penjual baru tidak tahu. Kebiasaannya setiap tahun kadar penghantaran ke luar negara naik. Boleh semak dengan pihak kurier anda.