ETSY merupakan salah satu platform yang terkenal bagi penjual barang vintage ataupun barang buatan tangan. Ramai penjual dari Malaysia yang jana pendapatan secara sepenuh dan separuh masa di platform ini.
Barang vintage adalah berusia 20 tahun dan keatas dari tahun semasa. Manakala barang buatan tangan adalah unik. Ada juga penjual “nakal” dari Malaysia yang menjual tidak mengikuti polisi ETSY. Biasanya akaun mereka tidak bertahan lama.
Menurut laman http://topcraftsellers.com/ senarai penjual yang terlaris dari Malaysia adalah seperti dibawah
Di platform ini anda boleh sembunyikan pautan jumlah jualan. Ianya pilihan. Ada yang aktifkan dan ada yang tidak aktifkan. Bagi memahaminya boleh rujuk gambar dibawah.
Jika anda klik 33,317 tiada apa-apa yang berlaku. Manakala bagi penjual yang tidak aktifkannya anda boleh klik pautan jumlah jualan seperti dibawah. Apabila klik 19,892 pautan jualan akan dilihat.
Semuanya bergantung kepada strategi menjual anda. Kena ingat walaupun sembunyikan pautan barang terjual masih ada cara lain seperti melihat maklum balas yang diterima dari pembeli.
Anda boleh lihat dan ambil idea daripada penjual terlaris ETSY dari Malaysia ini. Jika lihat dari jumlah jualan agak mustahil penjual ini menjual secara separuh masa.
Jika ingin lihat dan kaji barang yang dijual senang sahaja. Beli satu barang dari penjual ini. Kemudian buat pilihan samada anda boleh lakukan ataupun tidak.
Penghantaran barang yang kecil boleh dihantar menggunakan Flexipack International ataupun Singapore Post. Jika ingin menggunakan BerkatPos pun boleh.
Sudah dapat idea? Semoga berjaya.