Bagi yang dah buat listings di eBay anda boleh cuba menjual di ETSY pula, mana tahu ada rezeki. Jadi, cara nak buat listing di ETSY ni mudah sahaja lebih kurang sama dengan listing di eBay.
Pergi ke halaman Shop Manager

Pilih listings dan Add a listing untuk tambah produk

Pada halaman seperti gambar dibawah, disini anda perlu isikan maklumat seperti gambar, tajuk dan harga barang yang anda ingin jual.

Gambar dan Video Pendek
Gambar yang digunakan mestilah dalam keadaan resolusi tinggi (tidak kabur). Tambahkan seberapa banyak yang boleh, sebaiknya sepuluh gambar supaya pembeli dapat melihat setiap butiran kualiti item anda.
Hidupkan produk anda dengan video berdurasi 5 hingga 15 saat. Ini boleh membantu anda memperoleh lebih banyak jualan.


Tajuk dan kategori barang
Pastikan tajuk barang anda jelas untuk difahami dan tidak terlalu panjang. Sertakan kata kunci yang pembeli akan gunakan untuk mencari item anda.
Pada bahagian tiga, pilih seperti yang tertera dalam gambar atau anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian anda.
Manakala untuk kategori mestilah menepati barangan anda. Contohnya barang buatan tangan, barang digital ataupun barang vintage iaitu barang yang berusia lebih 2 tahun
Taipkan dua atau tiga perkataan item anda untuk mendapatkan cadangan kategori yang akan membantu lebih ramai pembeli menemuinya.

Atribute celebration adalah untuk barangan yang khusus dijual untuk sesuatu perayaan. Contohnya kad Hari Ibu, bukan untuk barangan yang boleh dihadiahkan untuk perayaan lain. Anda boleh melangkau atribute ini jika ia tidak berkaitan.
Untuk bahagian 6 dan 7, pilih mengikut seperti yang dibulatkan atau terpulang kepada anda jika ingin mengubahnya mengikut kesesuaian. Setiap pembaharuan berlangsung selama empat bulan atau sehingga penyenaraian itu habis dijual.

Description barang
Pada bahagian 8 iaitu description, anda perlu letak semua maklumat yang ada tentang barang anda seperti fungsi, tarikh luput dan sebagainya.
Mulakan dengan gambaran secara ringkas yang menerangkan ciri terbaik item anda. Kebiasaanya, Pembeli hanya akan membaca beberapa baris pertama sahaja, jadi pastikan ianya penting!

Tags
Tags ialah bahagian untuk meletakkan kata kunci yang mungkin digunakan oleh pembeli untuk mencari barangan yang anda jual.

Harga dan kuantiti barang yang tersedia
Untuk harga, pastikan anda berikan harga yang memberikan keuntungan kepada anda. Jika anda menawarkan penghantaran percuma, pastikan anda memasukkan kos pos supaya ia tidak memakan keuntungan.
Untuk kuantiti lebih daripada satu, penyenaraian ini akan diperbaharui secara automatik sehingga ia habis dijual.


Delivery
Tetapkan kurier yang digunakan, masa penghantaran dan tempoh masa pemprosesan yang jelas kepada pembeli
Anda boleh ubah beberapa atribut yang lain mengikut kesesuaian masing-masing. Apabila selesai mengisi semua ruangan yang bertanda anda boleh publish listing anda dan sedia untuk menjual !



Sebenarnya ETSY juga salah satu platform yang menyumbang jualan yang tinggi kepada penjual di Malaysia.
Jika target pasaran anda jual barang murah, gunakan khidmat Flexipack International. Jika target pasaran anda barang yang mahal boleh gunakan khidmat DHL Express ataupun Fedex.
Jika tiada akaun kurier boleh gunakan khidmat BerkatPos. Ada barang laku di ETSY, hantarkan ke alamat pejabat dan kami akan hantar selepas pembayaran diterima.