Bagi yang dah baca artikel pos barang ke indonesia, salah satu proses yang berkemungkinan berlaku ialah penerima di Indonesia perlu membayar cukai.
Bagaimana penerima nak bayar cukai?
Kebiasaanya, sekiranya penerima belum bayar cukai pihak kurier DHL atau FedEx akan menghubungi penerima untuk memaklumkan tentang pembayaran tersebut.
Penerima boleh terus bertanya tentang cara untuk membuat pembayaran kepada pihak kurier tersebut.
Bagaimana anda(penghantar) nak bayar cukai?
Ada juga kes penghantar yang nak bayarkan cukai tersebut kerana barang yang dihantar adalah hadiah untuk rakan di Indonesia.
Berdasarkan pengalaman BerkatPos, penerima di Indonesia perlu menghubungi FedEx Indonesia untuk mengetahui jumlah cukai yang perlu dibayar.
Setelah mengetahui jumlah yang perlu dibayar, penghantar perlu menghubungi FedEx Malaysia untuk membuat bayaran.
Maklumat lanjut tentang cara pembayaran akan diberitahu oleh pihak FedEx. Walaubagaimanapun, proses ini juga bergantung kepada situasi anda dan bagi yang menggunakan kurier lain seperti DHL, proses pembayaran juga agak berbeza.
Jika anda menggunakan khidmat BerkatPos, kami akan bantu anda tentang cara membuat bayaran.
Cara nak minta refund terlebih bayar cukai
Cara nak mintak refund disebabkan terlebih bayar cukai ini, kami berikan contoh berdasarkan pengalaman pengguna BerkatPos yang terbayar cukai dua kali kepada FedEx.
Dalam kes ini penghantar di Malaysia dan penerima di Indonesia, kedua-duanya membuat transaksi bayaran cukai. Sedangkan hanya satu transaksi sahaja diperlukan.
Jika jumlah untuk refund itu ingin dikreditkan ke akaun penghantar di Malaysia, anda perlu hubungi pihak FedEx Malaysia untuk mendapatkan bantuan.
Pihak FedEx akan minta anda emailkan resit atau bukti bayaran yang anda telah lakukan dan akan bantu untuk open cased untuk semak dengan lebih lanjut.
Pihak FedEx juga akan minta maklumat akaun bank anda untuk proses refund.
Jika jumlah untuk refund itu ingin dikreditkan ke no akaun penerima di Indonesia, segala urusan untuk proses refund perlu melalui pihak FedEx Indonesia.
Bagi yang menggunakan BerkatPos, kami akan bantu anda untuk mencari jalan penyelesaian dengan pihak FedEx atau DHL.