eBay mengumumkan yang mereka akan menaikkan yuran bagi kategori jam bermula 12 September 2022. Kategori yang terlibat adalah Watch Accessories (260328), Parts, Tools & Guides (173696) dan Watches Mixed Lots (51020).
Kenaikan bergantung kepada eBay store yang dilanggan. Bagi yang tidak melanggan store ataupun melanggan store starter kenaikan akan lebih banyak. Yuran eBay baru adalah seperti dibawah
Bagi yang melanggan Basic, Premium, Anchor, and Enterprise Store yuran baru adalah seperti dibawah
Anda terfikir tak bagaimana pembeli boleh percaya dengan penjual yang menjual jam beribu-ribu dolar? Jawapannya eBay bekerjasama dengan syarikat bagi memastikan yang jam dijual benar-benar original.
Bagi mereka yang menjual jam dengan harga lebih $2000 USD, jam itu akan disemak dahulu. Sekiranya original ianya akan dihantar kepada pembeli. Buat masa ini kos untuk menyemak keaslian jam itu ditanggung oleh eBay.
Ianya menggunakan konsep yang sama seperti Goat.com. Bagi mereka yang menjual di platform ini katakan menjual sneakers. Sekiranya barang terjual penjual perlu hantar ke pihak Goat.com untuk disemak keasliannya sebelum dihantar kepada pembeli.
Jadi tiada masalah kepercayaan disini kerana ianya disemak dahulu oleh pakar.