Sekarang anda boleh listing kan banyak barang sekiranya melanggan eBay store. Sebelum ini hanya boleh listing 50 sahaja secara percuma. Selepas pendamik covid19 pihak eBay beri percuma 200 listing setiap bulan bermula pada tahun lepas iaitu 2020.
Kini lebih banyak listing yang anda boleh buat secara percuma. Dengan syarat anda langgan eBay store. Bayaran bulanan masih sama seperti dahulu.
Pakej tahunan ialah anda ambil kontrak dengan eBay dimana dalam setahun tidak boleh batalkan pakej. Hanya boleh naik taraf. Biasanya Tim Export Mudah ambil yang bulanan.
Sekarang mari kita lihat perbezaannya

1. Starter
Pakej yang lama diberikan listing percuma bulanan 100 sahaja tetapi sekarang diberikan 250 listing percuma. Untuk Free Auctions in Collectibles and Fashion dimana pembeli perlu bida pula 250 dimana sebelum ini hanya 100.
2. Basic
Daripada listing percuma 250 dinaikkan kepada 1,000. Untuk Free Auctions in Collectibles and Fashion dinaikkan kepada 1,000 juga berbanding 250 listing sebelum ini
3. Premium
Dapat 10,000 listing percuma berbanding 1,000 sebelum ini. Free Auctions in Collectibles and Fashion ini tidak berubah dimana masih 500 listing percuma.
Akhir kalam
Dengan penambahan listing percuma ini penjual boleh senaraikan seberapa banyak barang yang berpotensi. Jika sebelum ini berkira sebab barang yang nak listing itu tidak berapa laku, kini boleh senaraikan sahaja.
Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada selling limit anda. Baca sini untuk tahu tentang selling selling limit.