Bagi yang selesai mendaftar akaun Payoneer untuk eBay managed payment pasti akan lihat perubahan yuran eBay. Ianya sama ataupun lebih jimat dengan yuran eBay sebelum ini. Tiada lagi yuran PayPal dikenakan.
Bergantung kepada persepsi masing-masing dengan sistem baru ini lebih memudahkan penjual dari segi yuran eBay. Tidak perlu pening lagi fikirkan yuran eBay bila sampai waktunya. eBay sudah ambil bahagian yuran yang dikenakan bagi setiap transkasi.
Yuran eBay bagi jualan yang berjaya dilakukan

- Pembeli perlu bayar $75.39 USD sekali dengan cukai yang dikenakan terhadap negeri mereka di USA
- Peratusan yuran eBay yang dikenakan iaitu 12% bersamaan $9.05 USD
- International fee sebanyak 1.3% iaitu $0.98 USD. Ada diskaun sebanyak 0.2% jadi jumlahnya $0.83 USD
- Setiap jualan akan dikenakan $0.30 USD. Yuran ini baru dimana sebelum ini tiada dikenakan.
- SST yang dikenakan terhadap penjual. Ni memang sudah dikenakan terhadap penjual sebelum ini.
- Jumlah keseluruhan yuran eBay dikenakan iaitu $10.80 USD didalam eBay managed payment yang baru.
Sistem eBay lama invois akan dikeluarkan sebulan sekali. Butiran invois seperti dibawah. Untuk makluman yuran eBay di bawah dengan contoh di atas adalah barang yang berbeza.

Yuran eBay store
Bagi yang melanggan eBay store setiap awal bulan eBay akan tolak siap-siap dari hasil jualan.

Contoh diatas untuk langganan eBay store basic dimana $27.95 USD dikenakan. Cukai SST 6% jadi keseluruhan $29.63 USD.
Yuran eBay promoted listing
Bagi yang aktifkan eBay ads akan dikenakan yuran dan cukai dalam USD. Ianya lebih jimat kerana sistem lama yuran ini ditukarkan kepada MYR dengan kadar lebih tinggi (buying selling rate). Untuk yuran eBay pun sama juga.

Kalau nak senang faham sama macam sistem perbankan seperti kadar RHB di bawah. Anda dapat jualan dan hendak keluarkan duit akan dikira withdrawal rate iaitu 4.0900. Tetapi bila eBay kenakan caj jualan ianya akan ikut bank sell rate iaitu 4.2840.

Kadar tukaran matawang yang lebih tinggi
Dari segi pengeluaran dan kadar tukaran matawang Payoneer ianya lebih tinggi dari PayPal. Untuk kadar tukaran pada 13 Julai 2021 kadar tukaran matawang dari USD ke MYR untuk Payoneer ialah 4.1052 manakala untuk PayPal pula ialah 4.0696.

Bagi yang transkasi bulanan sedikit tidak terasa dengan perubahan ini. Beza hanya 4.1052 – 4.0696 iaitu 0.0356. Jika transaksi bulanan 50,000 USD perbezaan ini membawa erti penjimatan sebanyak RM1780. Boleh lepas bayaran bulanan kereta.
Akhir kalam
Dengan sistem baru eBay managed payment, penjual dapat lebih sedikit margin keuntungan. Ingat petua menjual di mana-mana platform iaitu jual apa yang pelanggan mahu dan bukannya jual apa yang kita mahu. Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan.
Jangan jual barang hanya untuk rolling modal pusingan. Memang boleh jual harga rendah dengan banyak jualan tetapi tiada untung ataupun rugi sedikit. Pastikan kira sekali kos yang tidak nampak seperti bil api, air dan internet.
Mana tahu suatu hari nanti anda pun boleh sewa pejabat untuk jalankan perniagaan seperti kami Tim Export Mudah. Kos ini sudah dikira sekali.
Ada sesuatu ingin ditambah? Sila komen di bawah.