Jangan ingat nak jual barang di Shopee kena keluar modal yang besar. Memang betul kalau anda bercita-cita nak jadi seperti Mydin ataupun Mr DIY. Bagi yang tiada idea nak jual apa artikel ini mungkin boleh berikan idea.
Benda ini biasa ada di kawasan sekeliling melainkan anda tinggal di bandar besar. Agaknya yang beli ni barang ni mereka yang tinggal kat bandar. Mana tahu kan? Data orang beli ni hanya Shopee yang tahu.
Ok sekarang mari kita lihat barang apa yang laku keras di Shopee dengan boleh dikatakan tiada modal wang ringgit dikeluarkan untuk mendapatkannya.
1. Daun Ketapang antara barang laku keras di Shopee
Sudah hampir 12,000 unit laku di Shopee semasa artikel ini ditulis. Daun ni biasanya digunakan untuk neutralkan PH air kolam ikan. Biasanya yang beli ni ada akuarium ikan di rumah.
Ye lah kalau tinggal di bandar malas nak berhenti di tepi jalan ataupun tak jumpa pokok ni. Jadi solusinya ialah beli di Shopee.
Di eBay pun banyak laku juga. Masa Pos Malaysia tawarkan servis Flexipack International penghantaran ke luar negara, ramai juga yang jual. Ada juga mereka yang dapatkan Panduan Export Mudah jual ni.
2. Daun Pisang Kering
Asal barang jadi duit. Memang takkan kaya jual benda ni. Tapi benda percuma tu kat belakang rumah kampung. Katanya untuk bagi anak ikan laga makan. Sudah 129 unit terjual di Shopee.
Baru tahu rupanya anak ikan laga makan benda ni. Saiz daun pisang kering yang dijual ni hanya 20 cm x 20 cm. kecil je tu. Jadilah ada duit tambahan RM64.50 sebelum tolak yuran Shopee.
3. Daun Manggis Kering
Dijual dengan 1 pek bersamaan 50 gram. Sudah 80 unit terjual. Siapa boleh bagi kan jualan sebanyak RM160. Bukannya kena cangkul ataupun berdiri di tempat yang panas.
Mengikut penjual ini ianya untuk merawat darh tinggi, kolestrol dan kencing manis. Entah betul entah tidak. Kalau tanya doktor mesti mereka beritahu anda kena kencing ni dengan percaya rawatan ni.
4. Daun Pandan
Pokok ni memang biasa lihat. Pokok pandan. Kalau kereta berbau biasanya orang letak daun pandan. Ataupun masak bubur kacang letak daun pandan.
Ada banyak lagi khasiat. Kalau anda cari di Shopee ada banyak lagi penjual lain yang laku daun pandan.
5. Batu Sungai tungku
Dekat RM15,000 tu hasil jualan penjual ni. Sempoi betul jual benda ni. Biasa pada yang selalu nampak tetapi sukar dicari terutamanya bagi mereka yang berada di kawasan bandar.
Akhir kalam
Tidak susah sebenarnya nak menjual di Shopee jika tahu cara yang betul. Jika tiada modal boleh mulakan dengan jual barang Shopee yang laku seperti contoh di atas. Sekurang-kurangnya ianya bagi idea untuk jual apa.
Jika malas nak bungkus barang dan hantar ke pejabat pos anda ada pilihan lain. Dalam Panduan Auto Shopee ada terangkan yang anda boleh dropship barang mereka untuk dijual di Shopee.
Jika barang laku hanya perlu bayar kepada mereka untuk di proses dan anda hanya ambil baki keuntungan. Mudah kan?
Boleh klik link di bawah untuk dapatkan panduan