Bagi yang masih baru dan blur tidak tahu bagaimana eBay dan Payoneer berfungsi dalam artikel ini akan terangkan. Bagimana pembeli bayar, bagaimana masuk hasil jualan dan bagaimana masuk ke akaun bank anda.
Bagaimana pembeli bayar?
Jika dahulu setiap transaksi jualan akan dapat 2 notifikasi. Satu daripada eBay dan satu daripada PayPal. Tetapi dengan sistem baru hanya ada satu notifikasi iaitu hanya dari eBay.
Pembeli ada pilihan untuk bayar melalui Google Pay, Apple Pay, PayPal dan juga kredit kad. Cuma dalam transaksi disini dan juga semakan di eBay tidak ditunjukkan melalui apa pembeli bayar.
eBay pegang seketika hasil jualan
Jika sebelum ini untuk akaun baru eBay akan pegang hasil jualan untuk 21 hari dengan sistem baru pun sama. eBay ada tunjukkan bila hasil jualan itu boleh dikeluarkan.
Contoh dibawah ini walaupun akaun ini sebelum ini hasil jualan tidak dipegang eBay sebelum ini tetapi ianya tidak boleh dikeluarkan serta merta. Ianya boleh dikeluarkan.
Bagaimana untuk keluarkan hasil dari eBay?
Anda boleh tetapkan untuk pengeluaran setiap hari ataupun seminggu sekali. Pengeluaran ini dari eBay ke Payoneer. Untuk memudahkan kerja tetapkan setiap hari lebih senang
Bagaimana untuk pindahkan ke akaun bank anda?
Selepas hasil ini masuk ke akaun Payoneer, pindahkan ke akaun bank seperti yang sudah daftar sebelum ini. Proses pengeluaran mengambil masa satu hingga tiga hari bekerja.
Contoh dibawah pengeluaran dari akaun Payoneer pada petang 28 Jun 2021. Ianya masuk ke akaun bank pada petang 29 Jun 2021 iaitu proses selama satu hari bekerja.
Bagaimana dengan yuran eBay?
Bagi setiap jualan yang berjaya dilakukan eBay akan ambil yuran siap-siap. Segala yuran eBay seperti final value fee dan juga yuran pengiklanan diambil. Jadi anda akan dapat bersih.
Jika akaun eBay anda tidak mempunyai baki dan terdapat yuran yang tertunggak, jualan seterusnya akan ditolak siap-siap. Tiada lagi yuran bulanan seperti sebelum ini.
Akhir kalam
Sistem dan proses baru memang keliru sedikit. Tetapi apabila dah lama dan penjual dah biasa nanti tidak akan ada masalah.
Anda suka ataupun tidak dengan sistem baru ini? Kongsikan diruangan komen di bawah