Bermula Jun 2021 eBay memperkenalkan eBay managed payments untuk penjual Malaysia. Jika pembeli membayar barang ianya akan masuk ke akaun eBay anda. Dan untuk keluarkan duit dari akaun eBay anda perlu akaun Payoneer.
Berbeza dengan sebelum ini dimana eBay tempat menjual dan untuk menerima pembayaran anda perlu akaun PayPal.
eBay tidak memberi pilihan kepada penjual dimana anda wajib mendaftar akaun Payoneer. Jika anda sudah dapat mesej daripada eBay daftar akaun Payoneer sekiranya belum ada.
Jika sudah ada akaun Payoneer hanya perlu sambungkan ke eBay sahaja. Dalam Panduan Export Mudah ada ditunjukkan cara daftar akaun Payoneer.
Kelebihan eBay managed payments
1. Tiada lagi yuran eBay secara bulanan.
Berbeza dengan sebelum ini dimana anda perlu bayar yuran eBay sebulan sekali. Kali ini setiap jualan terus ditolak yuran eBay dan segala kos yang berkaitan. Jadi anda tidak pening seperti sebelum ini apabila invois sampai.
2. Pembeli yang nakal tidak boleh dispute selepas lebih 3 bulan
Macam biasa ada pembeli yang nakal dan tahu loophole ataupun kelemahan polisi PayPal. Beli barang kemudian open cased di Paypal dibawah chargeback. Untuk makluman setiap pembelian di PayPal, pembeli boleh failkan komplen dalam masa 6 bulan.
Selepas 3 bulan sejarah pembelian di eBay sudah tiada. Sejarah barang sampai ataupun bukti barang sudah sampai ke pembeli pun sudah tiada. Biasanya tracking number hanya boleh dijejak dalam masa 3 bulan.
Maka menangis lah sekejap kalau dapat pembeli yang nakal macam ni. Tidak ramai yang buat tetapi ada juga satu dua yang nakal. Kalau terkena $100 USD dah bersamaan dengan RM400 lebih.
3. Pembeli mempunyai pilihan yang lebih untuk membuat pembayaran
Kad kredit, PayPal, Google Pay, Apple Pay boleh digunakan untuk membuat pembayaran di eBay.
4. Permudahkan urusan penjualan
Jika tempat menjual dan tempat menerima pembayaran (Paypal seperti sebelum ini) berbeza ianya sedikit leceh. Contohnya jika pembeli open cased di eBay dan pembeli menang sebab memang terang-terangan salah pembeli.
Pembeli yang terlebih bijak ini akan open cased di PayPal pula. Biasanya dibawah chargeback. Bijak tak pembeli ni?
Jadi urusan seperti laporan jualan, tuntutan dan pemulangan semuanya dilakukan di eBay sahaja.
Kekurangan eBay managed payments
Pengeluaran hasil jualan lama sedikit
Jika sebelum ini akaun yang lama menjual di eBay dapat jualan terus masuk ke akaun PayPal. Kemudian boleh terus keluarkan hasil jualan itu. Jika pengeluaran menggunakan kad di PayPal, anda boleh terus gunakan hasil jualan itu.
Tetapi dengan sistem baru ini hasil jualan eBay masih pegang dan apabila barang sampai kepada pembeli, baru eBay lepaskan hasil jualan itu. Ini untuk akaun yang sememangnya penjualan tidak dipegang oleh eBay.
Contoh di bawah hasil jualan di eBay dan barang itu sudah sampai ke pembeli. Dapat notifikasi hasil dari jualan di eBay masuk ke Payoneer.
Untuk akaun baru eBay masih pegang setiap hasil jualan selama 21 hari.
Akhir kalam
Nak menjual di platform eBay kena ikut peraturan yang ditetapkan. Untuk pengeluaran dari jualan dari eBay boleh ditetapkan setiap hari ataupun setiap minggu ke Payoneer.
Macam biasa apabila ada sistem baru akan ada ramai yang tidak berpuas hati kerana selesa dengan sistem lama.
Peraturan sentiasa berubah tetapi asas menjual di eBay atau mana-mana platform tetap sama. Jual barang yang pembeli mahu bukannya jual barang yang kita mahu jual.
Macam mana nak tahu kehendak pasaran? Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan. Bagi yang belum mendapatkannya boleh gunakan kod diskaun ni SUPPORTPEOPLE untuk dapatkan diskaun 50%.
Bagi yang ingin hantar barang ke luar negara iaitu ke USA dan juga Singapore boleh hubungi kami di bawah