Pertama sekali anda perlu tahu apa itu chargeback? Kad kredit ataupun debit pembeli sudah digunakan untu membeli barang di eBay ataupun mana-mana platform yang menggunakan PayPal, kemudian pembeli menyatakan bahawa kad itu sebenarnya telah dicuri ataupun digunakan oleh pihak yang tidak berkenaan.
Sebab lain pula adalah mungkin pembeli tidak puas hati dengan barang yang diterima dimana ianya berbeza dengan deskripsi yang penjual nyatakan.
Tidak tahu sejauh mana kebenaran daripada pembeli. Mungkin betul, mungkin pembeli itu “bijak” dengan tahu peraturan mengenai chargeback. Tetapi yang penting daripada pihak penjual, anda perlu tahu cara untuk atasu situasi ini.
Anda perlu muat naik tracking number di PayPal dan tunjukkan yang anda sudah hantar dan pembeli sudah terima barang ini. Sekiranya terdapat bukti yang pembeli sudah menerimanya, Paypal tidak akan hold lagi duit anda.
Jika barang yang dijual itu mahal, perlu pastikan kurier yang anda gunakan boleh semak samada pembeli sudah terima ataupun tidak. Jika tidak, anda perlu pulangkan balik duit pembeli beserta caj chargeback.
Saya mendaftar eBay dan ingin menjual. Bagaimana saya hendak menukar nilai jualan RM kepada nilai matawang asing,contoh USD.
Kedua harus ke penjual di eBay,memiliki laman web sendiri.
Jika hendak dapat usd jual di eBay USA bukannya eBay Malaysia. Dalam Panduan Export Mudah ada diterangkan. Tidak perlu laman web sendiri jika hendak menjual di eBay.