SKU ialah singkatan Stock Keeping Unit yang dibuat oleh setiap penjual sebagai kod unik untuk melabelkan produk. Ianya juga merupakan kod unik yang turut dikenali sebagai nombor bahagian, nombor produk atau pengecam produk.
Kepentingan SKU
SKU ini amatlah penting untuk digunakan oleh penjual-penjual yang menyimpan ratusan atau puluhan stok barang di gudang terutamanya. Ianya akan memudahkan proses inventori, pencarian dan pengurusan stok barang.
Selain itu, SKU juga membantu melancarkan urusan jualan dari gudang hingga ke tangan pelanggan.
Bayangkan jika anda menjual pakaian. Stok produk pakaian anda mencecah ratusan dan terdiri daripada pelbagai jenis dan saiz. Jika anda tidak menggunakan SKU, proses pengurusan order anda pasti akan memakan masa yang lama.
Kod SKU ini akan digunakan dalam sistem maklumat sesebuah syarikat. Inilah yang membezakan sesuatu barang dengan yang lain dan ia juga akan dicetak dalam kod bar untuk imbasan bagi memudahkan syarikat mengambil inventori stok.
Bagaimana nak buat SKU ?
Kod unik ini boleh dilakukan dengan menggunakan sifat-sifat yang ada pada item, seperti saiz, warna, dan jenis item.
Sebagai contoh cara nak buat sku bagi baju Adidas bewarna hitam saiz M. Anda boleh menuliskannya dengan BJADIDSHITM-M.
Bagi yang pernah menggunakan perkhidmatan gudang untuk menyimpan stok barang jualan anda. Pasti perkhidmatan gudang tersebut akan memberitahu kriteria yang perlu ada dalam SKU anda seperti contoh dibawah.
Buat 4 digit awalan. Contohnya, buat 4 digit awalan sebagai BEER dan gabungkan dengan SKU “BEER-0001”
Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada sistem gudang yang anda gunakan. Lain gudang, lain caranya.
Bagaimana nak buat kod bar SKU?
Terdapat banyak laman web yang ada untuk membuat kod bar SKU. Sebagai contoh laman web yang Tim Export Mudah pernah guna ialah barcode generator.

Cara untuk membuat kod bar SKU ialah:
- Masukkan kod SKU yang telah anda cipta
- Kod SKU akan tertera dibawah kod bar
- Muat turun gambar kod bar SKU untuk ditampal pada barangan jualan anda


Letak barang di gudang USA perlukan SKU
Bagi yang ingin mencuba untuk meletakkan barang di gudang USA, salah satu proses yang anda perlu tahu ialah cara nak buat SKU.
Ramai juga pengguna BerkatPos yang menggunakan perkhidmatan kami untuk menghantar barang ke gudang mereka di USA. Dan hasil pemerhatian kami, kesemua barang yang dihantar oleh pengguna BerkatPos ini ada label SKU di barangan mereka.


Mudah sahaja kan. Selamat mencuba.