Item location USA ialah kita letak stok barang yang hendak dijual di gudang negara Uncle Sam. Jika ada pembeli dari USA, barang itu terus dihantar dari gudang USA.
Pembeli suka kerana biasanya lebih cepat dari hantar barang dari Malaysia.
Ramai penjual dari Malaysia yang menjual di platform eBay dan Amazon menggunakan cara ini. Konsepnya mudah sahaja cuma kos permulaan agak tinggi bagi yang baru berjinak dengan menjual barang ke luar negara.
Apa persediaan untuk sewa gudang?
Stok barang yang ingin dijual
Bagi penjual lama biasanya akan nampak barang apa yang selalu laku. Ataupun tengok pada sejarah penjualan barang sendiri di akaun eBay.
Pergi ke sellerhub kemudian klik tab listing, active dan susun ikut barang yang laku paling banyak seperti nombor satu dibawah. Jika paparan berbeza boleh ubah seperti nombor 2 dibawah.
Kaji juga barang dari penjual lain yang banyak terjual. Jika tidak tahu boleh rujuk Panduan Export Mudah.
Modal
Modal yang dikeluarkan bukannya sedikit. Perlu beli barang yang banyak dan belum terjual kemudian letak di gudang USA. Untung belum pasti tapi kos sudah banyak dikeluarkan.
Macam yang diberitahu sebelum ini untuk penjual lama ianya sesuai. Namun penjual baru juga perlu ambil peduli untuk rujukan masa hadapan.
Modal utema ialah kos hantar barang ke USA dan juga modal beli barang supplier eBay ataupun Amazon.
Keyakinan
Kalau tidak yakin letak sikit sahaja dahulu di gudang USA. Fahami proses dan lama kelamaan akan yakin kemudian baru letak kembali dengan kuantiti yang banyak.
Walaupun sudah banyak belajar dan kaji tetapi jika tidak bermula maka keyakinan itu tidak akan muncul. Jadi biar sedikit dulu. Jika rugi akan perbaiki kesilapan.
Rugi tidak lah banyak untuk barang sikit berbanding pengalaman yang diterima.
Memahami kos yang terlibat item location USA
Inbound atau penerimaan barang
Setiap syarikat berbeza polisinya. Ada yang kenakan caj bagi setiap unit barang. Katakan satu SKU (jenis barang) dan ada 20 unit. Maka jika satu barang dikenakan $1.00 USD maka $20.00 USD caj dikenakan.
Ada juga kenakan ikut kerja per jam. Katakan caj yang dikenakan $25 USD untuk 2 jam pertama. Sikit ataupun banyak barang maka tetap dikenakan $25 USD juga untuk 2 jam pertama.
Outbound ataupun barang keluar dari gudang
Jika barang laku maka caj yang dikenakan katakan $1.00 USD beserta caj penghantaran. Jika pembeli beli 4 unit barang biasanya caj tambahan akan dikenakan.
Bagi contoh 1 diatas pembelian barang yang sama sebanyak 4 unit. Maka Caj tambahan $3 USD (Grouping Fee). Caj untuk berat 875 gram ialah $8.36 USD beserta caj handling $1 USD. Maka jumlah yang perlu dibayar ialah $12.36 USD.
Bagi contoh 2 pula pembelian satu unit sahaja untuk berat 220 gram. Kos penghantaran ialah $4.52 USD dan caj handling adalah $1.00 USD. Maka jumlah yang perlu dibayar ialah $5.52 USD.
Mungkin berbeza sedikit syarikat lain tetapi biasanya kos yang terlibat adalah seperti diatas.
Untuk item location USA salah satu servis penyedia ialah ReturnHelper.com seperti contoh diatas. Modal permulaan ataupun deposit ialah $500 USD. Ianya akan ditolak setiap kali anda hantar barang dari order eBay ataupun Amazon.
Kos simpan stok di gudang
Kos ini biasanya tidak terlalu tinggi. Kos yang tinggi ialah kos penghantaran dari gudang USA kepada pembeli.
Namu jika barang yang tidak berapa laku selama berbulan ianya akan memakan modal anda.
Kos hantar barang dari Malaysia ke gudang USA
Jika tidak tahu nak guna kurier apa hantar barang ke gudang USA boleh gunakan khidmat BerkatPos. Ada ramai pengguna yang khidmat kami untuk hantar ke gudang USA.
Mereka merupakan penjual eBay dan Amazon.
Biasanya akan ada permintaan tambahan seperti tampal Warehouse Receiving Order (WRO) ataupun cetakkan SKU. Jangan risau tim BerkatPos akan uruskan.