Jika daftar akaun eBay sebagai akaun bisnes anda perlukan SSM. Akaun personal eBay tidak perlu SSM. Cara daftar SSM online mudah sahaja.
Pertama sekali anda perlu buat pengesahan cap jari, kad pengenalan dan nombor telefon di cawangan SSM yang terdekat.
Jika datang ke pejabat SSM untuk membuka akaun SSM enterprise pun mereka akan suruh akan arahkan untuk membuat secara dalam talian. Jangan risau jika tiada masa atau jauh dengan cawangan SSM di bawah artikel ini ada ditunjukkan caranya.
Kemudian buka laman https://ezbiz.ssm.com.my untuk membuat pengesahan dan pendaftaran. Boleh rujuk EzBiz ID Activation: Download Manual
Cara nak daftar akaun SSM ialah di bahagian My Business Services klik New Business

Isikan maklumat yang diminta seperti langkah 1, 2, 3 dan 4 di bawah.

Buat bayaran dalam talian dan lihat status terkini di My Business Services dan List New Business Registration

Jika tidak lulus akan diberitahu sebab apa dan jika lulus di paparan ini juga akan ditunjukkan status.
Berapa bayarannya?
Pendaftaran perniagaan baharu:
Nama Peribadi = RM30.00 setahun
Nama Dagangan = RM60.00 setahun
Perubahan butiran perniagaan = RM20.00
Cawangan = RM5 setahun untuk setiap cawangan
Penamatan perniagaan
Tiada bayaran diperlukan
Pembaharuan perniagaan
Nama Peribadi = RM30.00 setahun
Nama Dagangan = RM60.00 setahun
Cawangan = RM5.00 setahun untuk setiap cawangan
Maklumat perniagaan = RM10.00
Tiada masa untuk pergi cawangan SSM?
Jangan risau SSM sudah bagi penyelesaiannya untuk mengesahkan identiti melalui Panggilan Video. Di laman Facebook SSM sudah diberikan penjelasan dan caranya. Boleh klik pautan di bawah.
Cara daftar SSM online melalui Panggilan Video
Selepas selesai sudah boleh daftar syarikat dalam talian.
Panduan SSM
SSM sudah sediakan panudan yang lengkap. Di halaman utama anda boleh muat turun fail cara untuk menggunakan laman EzBiz SSM. Hanya perlu pilih mana yang anda perlukan.

Kegunaan Payoneer
Untuk mendaftar Payoneer pun perlu akaun SSM juga. Dalam Panduan Export Mudah ada ditunjukkan untuk hubungkan akaun eBay dan Payoneer. Jika daftar sebagai akaun bisnes di eBay akan automatik akaun Payoneer dalam bisnes.
Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar sebagai akaun bisnes lebih banyak dari akaun persendirian. Jika anda ada akaun bank syarikat boleh dipertimbangkan. Jika tiada tidak sesuai.
Akhir kalam
Sekarang semua urusan dan transaksi boleh dibuat di hujung jari. Nak belajar menjual di eBay boleh rujuk Panduan Export Mudah. Nak hantar barang ke luar negara boleh gunakan BerkatPos.
Salam sejahtera, saya ingin bertanya, saya berasal dari sabah dan bagaimana saya hendak mendaftar ssm kerana di sabah tidak ada perkhidmatan ini dan ada staff menasihati untuk membuka d ssm cawangan labuan. Boleh bagi info sedikit.
terima kasih