Bagi yang selalu hantar barang menggunakan Pos Malaysia atau Singapore Post, pasti anda pernah alami situasi barang tidak berjaya dihantar kepada pembeli dan dipulangkan semula kepada anda.
Hal ini kerana, mungin anda tidak tahu bahawa barang tersebut merupakan barang yang susah lepas kastam.
Jadi disini kami kongsikan salah satu kategori barang yang boleh dijual di eBay dan majoritinya lepas kastam iaitu barang kedai kek.
1. Martabak Pancake Pan

Acuan tembaga apam balik ini antara produk yang banyak laku di eBay untuk kegunaan membuat apam balik yang pelbagai jenis.
Apam balik ini bukan hanya banyak dijual di gerai tepi jalan di Malaysia sahaja , malah perniagaan apam balik ini turut terkenal di negara lain seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.
Acuan ini boleh didapatkan di bakeri berdekatan kawasan rumah anda atau lebih mudah lagi boleh dibeli di Shopee.
2. Plastic Molds Cups

Acuan yang bersaiz kecil dan ringan ini digunakan dalam pengukus untuk membuat pelbagai jenis pencuci mulut sepert Kuih Talam, Lompang, Apam dan lain lain.
3. Top Hat Tart Patty Shell Brass Copper Mold

Pai Tee ialah kuih pastri yang berasal dari tradisi Baba dan Nyonya yang popular sebagai hidangan Peranakan.
Untuk membuat kuih ini, ianya memerlukan acuan Pai Tee untuk menghasilkan cangkerang nipis dan rangup untuk mengisi inti Pai Tee yang terdiri daripada sayur-sayuran, udang dan lain-lain.
4. Bottle Roti Jala Net Lacy Crepes Mold

Roti Jala ialah makanan tradisi Melayu yang biasanya dihidangkan untuk santapan minum petang.
Ianya dipanggil roti jala disebabkan hidangan ini berbentuk seperti jala dan memerlukan bekas khas yang mempunyai beberapa lubang.
Selain dijual di Shopee, bekas roti jala ini juga banyak dijual di kedai Eco Shop, MR DIY atau pasaraya berdekatan anda.
5. Kuih Bahulu Mould

Acuan kuih bahulu yang diperbuat dari aluminium ini merupakan antara acuan yang sangat laris di pasaran.
Hal ini kerana, acuan ini amat mudah diselenggara dan boleh digunakan di atas dapur gas atau ketuhar.
6. Pineapple Tart Mould

Acuan tart nenas ini mempunyai pelbagai bentuk yang boleh dijual di eBay. Acuan ini digunakan untuk membuat bentuk tart nenas dan tidak boleh dibakar dalam ketuhar kerana ianya diperbuat daripada plastik.
7. Half Boiled Egg Maker

Bekas Telur Separuh Masak ini sangat mudah digunakan. Ia datang dalam 3 bahagian iaitu bekas bawah untuk menangkap air, bekas plastik untuk proses memasak telur, dan penutup.
Bagi barang yang kecil dan ringan lebih sesuai menggunakan Flexipack International ataupun Singapore Post.
Tidak susah jika ingin cari barang yang laku di eBay. Dalam Panduan Export Mudah anda akan jumpa berpuluh-puluh ribu barang lain yang terual di eBay. Bagi yang ingin menghantar barang ke luar negara anda boleh klik sini.