Untuk hasil pengeluaran jualan ianya secara automatik. Hanya perlu tetapkan sekali sahaja dan apabila hasil jualan tersebut akan automatik masuk ke akaun bank.
Berbeza dengan akaun Payoneer hasil jualan eBay, anda perlu klik withdraw akaun Payoneer untuk keluarkan hasil jualan ke akaun bank.

Hasil jualan diatas ETSY akan automatik pindahkan ke akaun bank yang didaftarkan. Mengikut email ianya akan tersedia ke akaun bank selama 3 hingga 5 hari.
Menurut pengalaman ianya mengambil masa 2 hari bekerja.

Untuk tetapan akaun ETSY diatas ianya daily dimana setiap hari akan dihantar ke akaun bank. Jika ingin mengubah ikut seperti langkah diatas dengan klik finance dan deposit schedule.

Pilih mana yang sesuai dengan kehendak dan keperluan anda. Boleh pilih setiap hari, setiap minggu, setiap 2 minggu ataupun sebulan sekali.