Sebaik sahaja barang anda tiba di BerkatPos, kami akan memaklumkan berat sebenar barang untuk proses pembayaran.
Selepas bayaran dibuat kami akan berikan tracking number dan kemaskini kepada anda melalui berkatpos.com atau email. Kemudian, barang akan terus dipacking untuk proses pickup ke luar negara.
Kebiasaanya, staf BerkatPos akan packing barang pada sebelah pagi sahaja sebelum jam 12 tengahari. Waktu pickup DHL dan FedEx adalah pada jam 12.30 tengah hari.
Jadi sekiranya barang anda sampai pada waktu petang, Anda boleh minta untuk dapatkan nombor tracking awal kerana barang anda akan diproses untuk dihantar pada keesokan paginya pula.
Waktu BerkatPos beroperasi :
Hari : Isnin – Jumaat
Waktu : 9.00 pagi – 6.00 petang
Cuti : Sabtu & Ahad , cuti umum.
Walaupun pejabat tutup pada hujung minggu, kami juga menyediakan penghantaran ke luar negara pada hari Sabtu jam 10 pagi. Staf akan menguruskan barang untuk hantar hari Sabtu pada Jumaat sebelah petang.
Sekiranya barang anda sampai pada hari Sabtu dan Ahad, barang akan diproses pada hari Isnin.
Tambahan lagi, kepada yang bertanya bagaimana Berkatpos terima barang yang dihantar ke pejabat sampai pada hari Sabtu dan Ahad?
Kebiasaanya pihak kurier akan menghubungi BerkatPos dan kami akan berikan cara untuk letakkan barang di tempat yang disediakan di pejabat kami.