Kalau anda nak berehat ataupun anda tidak dapat membuat proses jualan seperti biasa, anda boleh setkan mod time away di eBay.
Ini penting supaya pembeli tidak dapat membeli dan dapat maklumkan yang anda tidak dapat nak hantar barang dalam masa yang anda tetapkan. Jadi tidak perlulah anda beritahu secara manual kepada pembeli yang barang mereka akan sampai lambat.
Bila penghantaran lambat, performance akaun eBay akan terjejas. Buat masa ini ciri ini hanya ada bagi mereka yang langgan eBay store.
Bagaimana cara nak set time away untuk vacation?
Disini cara nak set timeaway untuk vacation:
- Pergi ke Account Setting

- Klik pada Time Away

- Klik pada Schedule Time Away

- Akan ada dua pilihan Allow Item Sales atau Pause Time Sales. Anda boleh pilih salah satu.
- Allow Time Sales bermaksud, barang masih boleh dilihat dan boleh dibeli oleh pembeli. Walaubagaimana pun, pembeli akan melihat mesej yang anda sedang bercuti
- Pause Time Sales bermaksud Fixed Price Listing akan disembunyikan dari hasil carian pembeli dan pembeli tidak dapat membeli barang anda.
- Setkan Start date dan End date

- Pilih Apply
Tetapi jika untuk Auction listing, listing anda tidak akan disembunyikan dan tetap terbuka sehinggalah tawaran ditutup. Sebaiknya, berhentikan dahulu auction style listing sehinggalah anda kembali di eBay.
Anda juga boleh setkan automatik response melalui eBay.
- Pergi ke Time Away setting
- Pilih Automatic Response
- Pilih Message when on time away
- Setkan Start date dan End date
- Tuliskan mesej anda di Automatic response box – Contoh : Thank you for visiting my shop. Currently I’m taking a short break but I will get back to you as soon as possible. Thank you.
- Pilih Apply.
Apabila dah set automatik message, semua pembeli yang hubungi anda akan menerima mesej tersebut
Tetapi jika anda mahu berhentikan time away di eBay lebih awal. Anda boleh pergi ke;
- Pergi ke Time away setting
- Pilih Cancel time away ataupun ubah end date
- Pilih Apply
Apabila dah berhentikan mod time away di eBay, listing yang tertera akan mengambil masa untuk dipaparkan. Selepas itu, pembeli boleh membuat pembelian seperti biasa.