Pening kepala orang lain jual murah di eBay?

by | Sep 13, 2020

Terpanggil nak komen post sahabat kita berkaitan seller jual murah di eBay. Di eBay, jual mahal pun ada pembeli, jual murah pun ada org beli. Sebab market eBay ni luas.

Jika seller yang jual murah dapat untung bawah RM 10 setiap order, seller yang jual mahal dapat untung rm100 setiap order, jadi sama je untungnya jika yang jual murah dapat 20 order, yang jual mahal dapat 2 order je untuk barang yg sama.

Ingat..!! Tinggi volume, banyaklah karenah pembeli nak dilayan. Risiko juga akan meningkat terutama jika guna economy shipping dalam zaman Covid19 ni. Untung kecik, keja banyak, risiko tinggi, masa terbuang layan karenah pembeli yang banyak hal, sudahnya terbuatlah jualan amal tanpa ikhlas di hati.

Jadi pilihan di tangan masing-masing. Lebih baik terus berusaha perbanyakan listing dalam store daripada terus nak berlawan harga.

Transaksi jualan Rahmat

Simple matematik, jika listing dah ada 1000 item berbeza, amik jela 1% je order masuk sehari dgn untung bersih rm100 per order, sebulan dah ada 30 order dengan untung bersih RM3000.

Fikirkan..Nak dapat income rm3000 melalui 30 order atau melalui 300 order? kalau buat kerja seorang, percayalah, dah serupa zombie nak layan 300 order ni. Jika bayar gaji staf, berapa pula yang tinggal?

Jika kita terlebih rajin pulak sampai ada 4 store di eBay ditambah pula dengan berkat doa mak ayah serta ibadat & amalan seharian kita yang mampu memudahkan rezeki, agaknya berapa income bersih sebulan boleh dicapai dengan anggaran paling rendah ni?? Memang susah & penat nak siapkan 1000 listing, tapi jika eBay store dah siap, masa tu terasalah nikmatnya bereBay.

Artikel ini diambil dari group support FB dengan kebenaran penulis asal, Tuan Rahmat.

Langgani Telegram Channel RentasSempadan.com untuk dapatkan info dan promosi terkini di https://t.me/RentasSempadan

Artikel Berkaitan

Siapa sangka barang biasa-biasa pun boleh hasilkan USD

Siapa sangka barang biasa-biasa pun boleh hasilkan USD

Apa yang perlu tahu apabila refund pembeli di PayPal bukannya eBay

Apa yang perlu tahu apabila refund pembeli di PayPal bukannya eBay

Macam mana nak takluki jualan di eBay

Macam mana nak takluki jualan di eBay