Tak semua pembeli beli barang di eBay untuk kegunaan mereka sendiri. Ada juga pembeli yang menjadikan eBay sebagai lubuk supplier mereka.
Sama konsep macam penjual dari Malaysia dimana mereka jadikan Shopee sebagai lubuk supplier mereka. Persoalannya macam mana nak tahu yang ada permintaan yang mereka jadikan eBay sebagai lubuk supplier?
Mudah sahaja. Masukkan kata kunci seperti bulk, lot, wholesales, 20 boxes, 100 boxes, 100 pcs dan sebagainya. Anda akan lihat ada yang banyak barang yang terjual dengan kata kunci ini.
Contoh jualan bulk di eBay. Listing ini untuk 20 box dan pembeli beli 3 kuantiti iaitu bersamaan 60 box.
Macam mana nak gunakan kata kunci ini ada ditunjukkan dalam Panduan Export Mudah. Jika barang yang besar dan mahal pastikan tiada masalah kastam dan kurier yang digunakan boleh semak status penghantaran dari semasa ke semasa.
Pembeli yang beli barang secara bulk lebih cenderung menghubungi penjual. Sebab mereka nak deal supaya dapat barang yang lebih murah sikit dengan kuantiti yang banyak.
Contoh perbualan melalui aplikasi whatsapp antara penjual dan pembeli
Perbualan melalui aplikasi whatsapp pembeli ingin menjual balik barang yang dibeli