Kalau dapat negative feedback ataupun review negatif di eBay memang pening kepala, risau dan segala macam perasaan tak senang timbul. Lagi-lagi bagi penjual baru. Silap haribulan satu hari tiada mood.
Untuk makluman, review negatif di eBay adalah perkara biasa. Kadang-kadang pembeli tersalah beri review negatif.
Pembeli sudah dapat barang tetapi tersalah beri review negatif
Dalam masa setahun akan hilang review negatif eBay anda sekiranya pembeli tidak mengubah review negatif mereka.
Persoalannya dalam masa setahun pembeli beri review negatif ataupun pembeli beli barang?
Katakan pembeli beli pada 26 September 2019 dan pembeli beri review negatif pada 2 November 2019. Review negatif eBay akan hilang selepas setahun dari tarikh pembelian bukannya tarikh pembeli memberi review negatif.
Sekiranya pembeli tersalah beri review ikut langkah seperti ni.
Walaupun sudah mesej pembeli untuk ubah review, perkara biasa juga apabila pembeli tidak menjawab. Sebabnya mudah, mereka kebiasaannya membeli barang sahaja dan tidak akan buka lagi akaun eBay.
Anda sebagai penjual pula selalu buka akaun eBay untuk lakukan pengurusan jualan dan juga membuat listing.
Boleh langgan Channel Telegram RentasSempadan untuk dapatkan info terkini https://t.me/RentasSempadan