Tak susah sebenarnya nak dapatkan order di eBay. Yang susah adalah nak dapatkan order setiap hari. Bergantung pada ilmu, skil dan juga kesungguhan anda. Ianya bukanlah perkara yang mustahil. Okay mari kita teruskan tentang langkah yang perlu anda buat.
1) Jual apa yang pasaran mahu
Bukannya jual apa yang anda rasa nak jual. Tapi jual apa yang pasaran mahukan. Boleh buat kajian pasaran secara percuma di eBay di bahagian sold listing. Boleh jumpa berpuluh ribu barang terjual setiap hari.
Cara ini ada ditunjukkan dalam Panduan Export Mudah. Dengan beberapa klik dan kata kunci yang betul anda akan dapat lihat banyak barang yang terjual. Nak cari barang yang penjual dari Malaysia jual pun boleh.
2) Buat banyak listing di eBay
Untuk akaun baru, kebiasaanya selepas eBay verify akaun boleh buat 50 listing dengan nilai maksimum RM4,000. Buat listing barang yang berpotensi tinggi. Yang banyak laki di eBay.
Kebiasaannya lagi banyak listing barang yang berpotensi lagi tinggi peluang untuk barang terjual. Lagipun anda akan dapat percuma 50 listing setiap bulan di eBay.com. Tiada yuran yang dikenakan.
3) Jual barang yang tak berapa mahal dahulu
Yang ni subjektif. Dalam minda penjual ada yang kata $40 USD tak mahal ada yang kata $40 USD dah mahal. Tengok kepada modal dan bajet anda.
Setiap jualan untuk akaun baru, bayaran yang diterima pihak Paypal akan hold dahulu selama 21 hari. Selepas pembeli dapat barang dan tiada masalah baru duit itu penjual boleh keluarkan.
Sebab itu tengok modal anda dahulu, berapa modal anda ada itu berbeza bagi setiap orang.
4) Konsisten
Ni yang paling susah sekali. Nak kekalkan momentum dan konsistensi memang susah. Tengok target anda, sanggup ke selalu buat kajian produk yang selalu laku di eBay.
Biasanya mula-mula sahaja susah. Selepas anda dapat rentak ada order kebiasaannya dah tak perlu selalu buat kajian. Tapi masih lagi perlu buat ye. Jangan terus tak buat kajian.
5) Ilmu yang betul & networking
Tahniah bagi yang sudah dapatkan eBook dan juga datang ke bengkel, praktikkan apa yang dipelajari.
Ada juga peserta yang datang bengkel untung membuat networking ataupun jaringan. Ye lah, yang datang bengkel tu memang ada minat yang sama dan sudah luangkan masa untuk hadiri bengkel.
Ramai juga yang bertukar idea dan strategi sesama mereka selepas hadir ke bengkel.
Mereka yang sudah masuk ke support group FB bagi yang dah dapatkan eBook dan juga bengkel, boleh lihat sudah ramai yang berjaya buat jualan seperti contoh gambar dibawah. Yang jadikan sebagai kerjaya sepenuh masa pun ada juga asbab Panduan Export Mudah.
Boleh langgan Channel Telegram RentasSempadan untuk dapatkan info terkini https://t.me/RentasSempadan