Baju bundle dalam pemikiran orang Malaysia ialah baju terpakai. Memang ramai peminat tanpa mengenal usia.
Kadang-kadang bila pakai baju vintage tiba-tiba ada orang tegur. Dapat mana baju ni?
Macam tu lah. Dengan baju sahaja boleh jadi bahan ataupun modal untuk berbual dan bertukar-tukar lokasi untuk beli baju bundle.
Bagi penjual barang bundle ini ada beberapa istilah yang digunakan. Senang cerita bahasa bundle. Biasanya yang ramai minat bundle ini di kawasan pantai timur.
Kenali istilah bundle
Guni/bale/tokol
Guni barang bundle yang belum buka lagi. Ianya juga dikenali sebagai bale ataupun tokol.

Vintage
Barang yang melebihi 20 tahun
Kerat Kepala
Biasanya pembeli bundle akan deal dengan taukey kedai, untuk bayar barang kepala semasa buka bale ataupun guni ataupun tokol baru.
Kepala
Barang bundle yang demand tinggi

Badan
Barang yang harga biasa-biasa
Ekor
Biasanya barang ni geng bundle akan buang
Jackpot
Dapat barang yang demand tinggi dengan harga murah
Wor
Istilah asal adalah dewa. Bermaksud orang yang hebat dalam bundle dan tahu serba serbi dalam bundle akan digelar wor.
Beloh guni/bale/tokol
Membuka guni daripada kilang

Kenal bare
Seseorang yang tahu harga market semasa untuk barang bundle.
NOS
New old stock, barang vintage dalam condition baru
Tag tupe
Biasanya barang bundle brand yang menggunakan tag company lain. Ini adalah disebabkan brand itu tidak dapat mengeluarkan kuantiti banyak dalam satu event dan terpaksa mencari supplier lain untuk hasilkan baju itu.
Guni vintage
Biasanya ini bale yang sudah dipilih dan harganya begitu mahal.
Lempar sajo
Bale ataupun guni yang tidak menpunyai barang kepala dan badan semasa buka bale.
Kepala kain
Jahitan dalam seluar jean. Hujung kain untuk kain jean. Bermakna 1 gulung kain jean hanya ada 2 sahaja kepala. Biasanya kepala kain lagi mahal dari bukan kepala. Limited.
Krup
Beli dengan segera.
Lipak
Kena tipu dengan penjual bundle.
Joy
Booking baju bundle tapi tak beli
Deadstock
Barang vintage dalam keadaan baru.
Rare
Barang yang sukar didapat dan biasanya harga untuk item ni mahal.
Samah-samah
Fabrik baju 50% cotton dan 50% polyester
Single stich
Jahitan single dekat lengan baju. Biasanya jahitan single adalah untuk kenal barang itu adalah vintage. Tapi tak kesemuanya.
Double stich
Jahitan double dekat lengan baju, biasanya baju bukan vintage jahit double. Tapi tak kesemuanya.
Rayon
Baju yang mempunyai 3 fabric, cotton, polyester dan rayon. Baju ini dipanggil rayon.
Kain kelambu
Baju lama yang sudah haus dan menjadi nipis. Biasanya baju ini adalah baju samah-samah. Kerana cotton akan haus atau terhakis disebakan usia baju itu terlalu lama. Yang kekal adalah polyester.
Kain pasir
Kain baju itu Nampak macam pasir. Biasanya baju samah-samah dan rayon yang akan Nampak seperti pasir kerana dia menpunyai lebih dari 1 fabric
Takik
Untuk seluar jean. Garisan atau jalur yang timbul tepi seluar sebelah luar, berbentuk rail keretapi.
Repro
Design baju vintage yang dikeluarkan semula.
Fake
Barang tiruan
Bootleg
Barang tiruan pada zaman dahulu. Dan sekarang baju itu melebihi 20 tahun.
Full print
Design atau gambar yang penuh dekat baju, sehingga dekat lengan baju.
Kenyam
Beli baju bunle dengan murah tapi jual dengan harga mahal. Dapat untung banyak.
Joki
Orang yang membuat live bundle di media sosial
Menyelam
Pergi mencari baju bundle
Select
Memilih baju bundle.
Harga yahudi
Harga mahal yang kadang kadla tak masuk akal
Sembelih
Menjual dengan harga terlampau tinggi.
Offer target
Biasanya penjual tak tahu harga dan mengharap pembeli offer dengan harga mahal.
Kain sambung
Bisanya kain yang disambung
Print serap
Gambar baju yang print dia serap kedalam kain sehingga nampak kesan sebelah dalam baju.
Barang skoda
barang biasa-biasa yang tak mahal
Iron on
Print gambar mengunakan iron, biasanya home made. Iron on kurang mendapat sambutan dalam vintage kerana sesiapa sahaja boleh iron on gambar hanya menggunakan sterika di rumah
Kombo
Pembeli yang beli lebih dari 1 barang bundle
Pit
Ukuran bawah ketiak ke bawah ketiak untuk baju. Perkataan asal armpit.
Pit anok bewok
Baju armpit terlalu kecik
Pit model
Armpit kebayakan orang pakai.
Tag
label yang ada pada pakain
Tag keras cokeng
Tag baju dekat kolar yang keras bermaksud baju tu NOS
Kain magic
Kain yang digunakan untuk tampal baju yang berlubang
Kain faded
kain yang pudar.
Camo
Design celoreng askar
Tulang tepi
Jahitan tepi baju. Kebiasaan baju t shirt made in usa tiada tulang tepi untuk baju vintage. Tapi tak semua. Tulang tepi selalu dikaitkan dengan baju sudah alter.
Pinhole
Lubang halus pada baju. Pinhole ini adalah perkara biasa untuk vintage item. Dan boleh ditampal dengan kain magic.
Kroni
Geng-geng bundle yang menggunakan kenalan untuk bida atau naikkan harga dalam live ataupun dalam offer harga.
Prehh
Beremosi lebih kepada marah.
Pemberani
Pembeli yang sangup beli dengan harga yang mahal.
Pembodoh
Pembeli yang sangup beli dengan harga tinggi tanpa tahu harga pasaran. Biasa terlampau tinggi dari harga pasaran sedangkan barang tu boleh dapat dengan harga murah
Bilik gelap
Joking live fb selalu guna perkataan ini untuk block tau ban watcher yang menulis komen yang tak berkaitan atau joy bidder.
Sek maka
Geng bundle yang memakai pakaian bundle mengikut trend bundle.
Kain 100
Material baju ataupun pakaian yang 100% kapas
3 suku
Baju dengan lengan sampai siku dari leher
Inilah istilah baju bundle yang selalu penjual ataupun pembeli sebut. Bagi mereka yang sudah lama menjual baju bundle ialah seolah kod perkataan yang selalu dibualkan.
Oh ye. Bagi yang menjual baju bundle ke luar negara dan ingin hantar barang ke luar negara boleh gunakan khidmat BerkatPos.com.
Alhamdulillah… Padat sungguh info kat sini. Yang baru belajar bundle sgt membantu. Tkasih tuan.
Terima kasih atas ilmunya tuan