Jualan barang berkaitan Kobe Bryant meningkat mendadak selepas meninggal dunia

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Berita dunia hari ini tular mengenai Virus Korona dan juga pemergian bintang lagenda bola keranjang iaitu Kobe Bryant. Mendiang meninggal dunia akibat terhempas nahas helikopter di California bersama anak perempuannya.

Seperti biasa, sekiranya bintang bola keranjang ataupun selebriti meninggal dunia, jualan barang berkaitan mereka meningkat dengan mendadak di eBay. Harga yang terjual tidak masuk akal.

Jika sebelum ini kebanyakan barang berkaitan yang dijual dengan harga murah pun susah untuk laku, tetapi selepas pemergian selebriti, jualan ini senang laku. Penjual meletakkan harga yang tinggi pun masih ada pembeli yang berminat untuk mengeluarkan belanja yang besar.

Sekarang kita lihat barang berkaitan mendian Kobe Bryant yang terjual dengan harga lebih seribu dolar di eBay.com

1) 1996 Topps Kobe Bryant Rookie Graded PSA 10

Terjual dengan harga $3,000 USD dengan kos penghantaran sebanyak $8.00 USD. Ianya dijual secara bidaan dengan harga permulaan bidaan bermula dari $25 USD.

2) 1996 Topps Kobe Bryant PSA 10

Barang yang sama macam terjual diatas (nombor 1) tetapi kali ini dijual dengan harga yang lebih rendah iaitu $1,950 UD dengan kos penghantaran $3.90 USD. Juga dijual secara bidaan di eBay dengan harga pemulaan bermula dari $1,500 USD. Ianya hanya dibida oleh seorang pembida.

3) 2017 KOBE BRYANT 2/3 EMINENCE DUAL DIAMOND AUTO #’D: 13.

Jika dilihat tahun 2017 adalah setahun selepas mendiang Kobe Bryant bersara. Ianya terjual dengan harga $2,000 USD dengan kos penghantaran percuma.

Ada banyak lagi barang berkaitan mendiang Kobe Bryant terjual di eBay.

Anda hanya perlu letak kata kunci Kobe Bryant. Selepas itu anda akan lihat beribu-ribu barang berkaitan mendiang terjual.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *