Bermula 1 Januari 2020, semua penghantaran ke Brazil memerlukan nombor cukai penerima. Jika pembeli anda berasal dari Brazil, anda perlu meminta nombor cukai dari pembeli anda.
Ianya merupakan undang-undang baru kerajaan Brazil. Kenyataan ini dapat dari kurier Quantium Solution International (Malaysia) Sdn Bhd.
Apa akan terjadi jika anda gagal memberikan nombor cukai penerima dari Brazil?
Baca kenyataan dari Quantium Solution International (Malaysia) Sdn Bhd
Jika gagal berbuat demikian barang anda akan dipulangkan semula. Senario paling buruk adalah barang anda akan dihapuskan oleh pihak kastam Brazil.
Undang-undang ini bukan untuk kurier Quantium Solution International (Malaysia) Sdn Bhd tetapi untuk semua kurier yang hantar barang ke Brazil.
[…] tidak biasa membeli dari luar negara, anda perlu meminta daripada pembeli itu. Ini kerana bermula 1 Januari 2020, kerajaan Brazil mewajibkan pembelian dari luar negara perlu disertakan nombor cukai […]